Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Wednesday, June 25, 2008

Jenayah Akademik Aktivis Dakwah

*di ambil dari http://saifulislam.com

“Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita”, kata seorang exco dakwah di sebuah kampus.

Kata-katanya itu sedap didengar, tetapi realitinya separuh benar separuh batil.

DULU-DULU

Dulu-dulu saya pernah membaca majalah sebuah gerakan dakwah yang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja siswi itu terjaga, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang!

Itu kalau versi ‘hikayat menjadi’.

Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.

Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.

Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70′an dan 80′an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.

HARI INI

Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.

Dek kerana kerapnya saya berprogram bersama pelajar universiti, saya terus menerus mengesan masalah ini berlaku di sana sini. Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Kecundang di dewan kuliah.

Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dari kelompok dakwah?

Tentu sahaja tidak.

Mereka yang lemah di bidang pengajian atau mungkin terus gagal, terdiri daripada mereka yang beridentitikan pelbagai. Mungkin yang mabuk bercinta, mungkin yang kaki gig, mungkin yang tiada sebab apa-apa sekali pun. Punca kemunduran akademik memang pelbagai. Malah saya tidak terkejut jika ada pelajar yang kecundang pengajian hanya disebabkan oleh cuaca!

Tetapi apa yang ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan aktiviti kuliah.

‘ESCAPISM’

Kenapa suka berdakwah tetapi lesu di bilik kuliah?

Di suatu ketika, saya pernah menyeru anak muda aktivis dakwah supaya mencari keseronokan di dalam mengerjakan amal Islami. Cari nilai untuk menyalakan KEINGINAN YANG MEMBARA. Jangan hanya bergantung pada soal kewajipan, tekanan suasana dan mengikut trend semata. Dakwah itu mesti inside-out. Ia harus datang dari kepercayaan diri bahawa setiap satu tugasan dakwah, menambah makna dan nilai dalam hidup.

Tetapi dalam masa yang sama, keseronokan dakwah itu jugalah yang kemudiannya menjadi salah satu sebab mengapa aktivis dakwah di kampus hilang minat dan tumpuan pada pelajaran. Mereka bertemu dengan kepuasan dan keinginan di dalam dakwah, tetapi tidak di bilik kuliah.

Sama sahaja… sama ada pelajar di bidang pengajian Islam, mahu pun sains atau undang-undang, ia boleh terjadi. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap mata pelajaran di bilik kuliah sering berlaku.

Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini melarikan diri dari tekanan, kebosanan dan segala perasaan negatif yang dialami semasa menghadiri kuliah, tutorial dan menyiapkan assignment. Segala perasaan yang tidak seronok lagi merimaskan itu, dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah, tamrin, ceramah, malah demonstrasi.

Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar lebih konsisten dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal tetapi mengabaikan kelas, peperiksaan dan tidak endah pada kemerosotan keputusan peperiksaan.

ALASAN

Melebihkan dakwah mengatasi pelajaran boleh berlaku atas sebab yang pelbagai.

“Ana tahu… dah duduk di universiti ni, mana ada yang lebih penting selain pelajaran. Tapi entahlah… macam dah tak ada mood nak study!”, kata seorang pelajar.

Alhamdulillah… biar pun tindakannya membelakangkan akademik itu salah, tetapi sekurang-kurangnya beliau mengakuinya. Menyedari bahawa dirinya sedang berdepan dengan masalah. Mudah-mudahan lebih jelas jalan untuk keluar dari kesulitan ini.

Tetapi, kebimbangan itu datang apabila pelajar-pelajar yang aktif dengan dakwah membelakangkan usaha dan ikhtiarnya di dalam pelajaran dengan kepercayaan yang salah. Kepercayaan yang disangkanya sebagai jalan beragama.

MENOLAK ‘ACUH TIDAK ACUH’

“Abang nak makan ayam masak merah”, kata seorang suami kepada isterinya.

Lalu si isteri ke dapur, digorengnya ayam, ditumisnya sos yang merah, dicampur keduanya dan dihidangkan di dalam pinggan percuma semasa membeli ubat gigi kotak besar.

“Suprani, bapak mahu makan ayam masak merah”, kata lelaki yang sama itu, kepada pembantu rumahnya.

Lalu si Suprani pergi ke dapur, digoreng ayam, dibuat kuahnya seelok mungkin, ditabur pula dengan daun sup, dihias dengan bawang besar, cili belah empat kembang bunga, dan dihidang di dalam pinggan Pyrex bersama nasi panas.

Agak-agaknya, tanpa perlu berbahas dan berdebat, kita sedia maklum yang tentu sahaja si lelaki itu tadi lebih berminat untuk makan ayam masa merah hasil masakan Suprani berbanding isterinya sendiri. Dua-dua ayam masak merah, tetapi ayam masak merah si isteri itu acuh tak acuh. Cincai kata sesetengah orang. Manakala ayam masak merah si pembantu rumah, biar pun yang memasaknya adalah pembantu rumah, tetapi kesungguhannya memasak menyebabkan lelaki itu lebih teruja untuk mencubanya.

Sifirnya mudah.

Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan, Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum.

Itqan.

Seorang Muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh. Sama ada sebagai memenuhi kehendak habl min al-naas sesama manusia, mahu pun dalam menunaikan tanggungjawabnya pada habl min Allah!

Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam.

Lupakah kita kepada firman Allah SWT:


“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau ambil bekerja adalah orang yang mempunyai kekuatan lagi amanah” [Al-Qasas 28 : 26]

Kesempurnaan pada kelayakan seseorang yang ingin diberi tugasan adalah gabung jalin yang kemas di antara integriti dan kompetensi. Bukan sahaja mempunyai kualiti akhlaq malah memiliki kemahiran, ilmu pengetahuan dan segala kekuatan yang diperlukan untuk sebuah tugasan.

Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA

Setuju. Saya setuju 100%.

Sebab itu saya tidak pernah mengajak kita mengukur kecemerlangan hanya berpandukan keputusan peperiksaan. Ada banyak faktor yang mempengaruhi keputusan peperiksaan, biar pun selalunya ia berpihak kepada yang tekun berusaha.

Kecemerlangan yang diperlukan ialah pada komitmen pelajar yang da’ie, menempuh proses pembelajaran, dan bukan hanya berorientasikan output. Maksud saya, sama ada seorang pelajar itu hadir ke kelas, mengikuti kuliah, membuat kajian, menulis assignmentitulah sebenar-benarnya penentu kecemerlangan. Segala proses itu penting kerana ia merupakan latihan sebenar kepada pemikiran dan daya ilmiah seorang pelajar. Di dalam kelaslah dia belajar berfikiran kritis, belajar bertemu dengan pandangan-pandangan yang berbeza, belajar bersoal jawab, belajar bertanya dan belajar menjawab… iaitu segala-galanya yang di kemudian hari menjadi asas terpenting untuk memimpin dan menerajui masyarakat.

Dan sudah semestinya, jika kelas dihadiri, kajian dibuat, menulis assignment diselesaikan, sedikit sebanyak ia akan menghasilkan natijah yang bagus di akhir musim peperiksaan.

Tetapi kalau kita berhasil menjawab keputusan peperiksaan hanya kerana ‘bernasib baik’ apabila soalan dihafal secara last minute, tetapi tidak ke kelas, tidak mengikuti PROSES pembelajaran, maka segala-galanya tidak ke mana. Lantas segenggam ijazah pun belum tentu ada nilainya!

Pendakwah yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, mereka amat berpotensi untuk masuk ke masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah… ekoran pemikiran tumpul yang tidak diasah semasa di alam belajar!

AKIBAT LEMAH AKADEMIK

Kadang-kadang kita menganggap akademik hanya sebagai wasilah. Sekadar tiket untuk memenangi kepercayaan masyarakat. Seumpama lesen.

Tetapi kita sering lupa, lemahnya penguasaan diri terhadap ilmu-ilmu di kelas akan memberikan implikasi yang buruk di masa hadapan… bukan hanya semasa alam pekerjaan bahkan boleh melarat hingga ke Akhirat.

Syariatullah

Pelajar pengajian Islam yang tidak menguasai pengajiannya akibat lemah tahap pembelajaran akan terdedah kepada jenayah di masa depan.

“Ustaz, apa hukumnya zakat KWSP?”, tanya seorang jemaah di surau.

“Alamak… itulah benda yang pensyarah bincangkan tapi aku tak pergi kelas masa tu!” rungut si ustaz di dalam hatinya.

“Err… saya rasa tak payah kot!”, jawab si ustaz ala-ala mujtahid.

Tidakkah perbuatan itu suatu pengkhianatan? Memberikan panduan muamalat yang salah kepada masyarakat, mengingkari Syariat Allah SWT lantaran kecuaian dirinya sendiri semasa di alam pembelajaran. Semasa belajar sudah biasa tak buat homework, bila berceramah pun tak buat homework.

Itu jenayah terhadap Syariatullah.

Sunnatullah

“Err, pesakit diabetik ni nak suntik 1 unit atau 10 unit atau 100 unit insulin ya?”, seorang doktor muda berteka-teki di dalam dirinya.

Akibat kemalasannya terhadap kelas pengajian, atau belajar secara ala kadar, beliau menyuntik pesakitnya dengan 100 unit insulin sedangkan peraturan tubuh badan yang ditentukan Allah SWT hanyalah pada kadar 6 ke 10 unit.

Pesakit mati mengejut akibat hipoglesimik.

Berdosa atau tidak? Jenayah atau tidak?

Dosa terbit bukan hanya kerana melanggar hukum Syariat tetapi juga hukum Sains. Seorang ustaz yang tidak berkompetensi, sama sahaja dengan seorang doktor, jurutera, atau apa sahaja pekerjaan profesional yang tidak berkompetensi.

Mencetus mudarat..

Maka ala kadar dalam menguasai bidang pengajian masing-masing bukan sekadar masalah sikap yang biasa. Ia mampu membunuh!

Ke mana anda mahu membawa dakwah jika duduk di tengah masyarakat sebagai ustaz yang tiada amanah ilmiah atau doktor yang tiada amanah yang sama?


ALLAH MESTI TOLONG

Akhirnya sampai kita kepada alasan paling biasa.

Kita manusia biasa, tetapi sering mengharapkan benda-benda yang luar biasa.

“Kalau kita tolong agama Allah, mesti Allah akan tolong kita!”, yakin benar seorang aktivis dakwah kampus berkata begitu.

Cuba perhatikan firman Allah SWT:


“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]

Allah SWT berjanji akan membantu.

Tetapi syarat asasnya adalah TAQWA.

TAQWA itu adalah kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan Allah SWT… meliputi Syariatullah dan Sunnatullah. Ia telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar semasa memperkatakan tentang kualiti Muslim yang mesti bukan sahaja SYARIATIC (komited dengan Syariatullah) malah SCIENTIFIC (komited dengan Sunnatullah).

Jika kita baca sejarah perjuangan Rasulullah SAW, baginda tidak pernah mengambil jalan mudah memperalatkan statusnya sebagai seorang Rasul dan pejuang kebenaran untuk melengah-lengahkan persediaan. Tidak pernah baginda berkata “kalau Allah yang perintahkan aku berjuang, mesti Allah akan tolong menangkan aku!” Tidak sama sekali.

Biar pun sehimpun janji dikurniakan Allah bahawa kebenaran akan mengalahkan kebatilan, Baginda SAW sentiasa mengambil asbab kemenangan secara optimum.

Jika dianalisa peristiwa Hijrah, Baginda SAW telah mengatur sehebat-hebat strategi dan persiapakan untuk menjayakannya. Begitu juga dalam perang-perang yang lain. Strategi yang pada hari ini layak digelar sebagai SAINS KETENTERAAN.

Termasuk juga dalam soal pentadbiran, pengurusan dan kerja seharian. Baginda SAW tidak pernah memalaskan diri dalam ikhtiar dan usaha hanya kerana keyakinan bahawa “Allah bersama kita!”.


Gambar hiasan

Tetapi aktivis dakwah hari ini ramai yang mudah tersasar.

Mereka tanpa segan silu dan malu, merengek-rengek meminta kemenangan sedangkan ikhtiarnya tidak seberapa. Hanya kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi pihak yang memperjuangkan kebenaran, mereka melengahkan usaha, tidak seperti orang tidak berTuhan yang tiada janji kemenangan! Pejuang kebatilan melakukan sepenuh daya upaya mereka untuk perjuangan mereka… kesungguhan yang sepatutnya menjadi isi dan kulit manusia berTuhan seperti kita.

BERLATIH MENGURUSKAN REALITI

Sesungguhnya aktivis dakwah di kampus yang gagal menguruskan pengajian di samping tugasan dakwah… mungkin bakal menjadi aktivis yang turut gagal apabila keluar dari kampus.

Tahun 2 pengajian jauh lebih sibuk dari tahun 1.

Tahun akhir jauh lebih sibuk dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Bekerja sebelum pengesahan jawatan jauh lebih sibuk dari tahun akhir pengajian.

Bekerja selepas pengesahan jawatan akan disibukkan pula dengan alam berumahtangga. Dari satu emak satu bapa, menjadi dua emak dua bapa. Dari satu kelompok sepupu menjadi dua kelompok sepupu. Dari 5 jemputan kenduri semasa cuti bertambah menjadi 10… semua itu akan berterusan.

Tatkala komitmen semakin reda, jantung pula sudah lemah, darah sudah bertekanan tinggi, urat dan sendi sudah tidak sihat lagi.

TAMRIN DISIPLIN

Sesungguhnya keupayaan seorang pelajar menguruskan akademiknya adalah TAMRIN yang paling penting untuk menghasilkan kualiti pengurusan realiti yang diperlukan apabila pelajar ini meninggalkan alam pengajian.

TAMRIN itu adalah TAMRIN DISIPLIN. Latihan mendisiplinkan diri iaitu berusaha untuk mengawal diri agar komited melakukan perkara yang kita tidak suka, demi meraih apa yang kita suka, suatu hari nanti. Di samping beroleh keseronokan sebagai momentum di dalam dakwah, jangan lupa bahawa ada perkara tidak seronok yang perlu kita pelihara sebaiknya.


“Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” [Al-Baqarah 2: 216]

Mungkin di alam TAMRIN akademik, bilik kuliah adalah medan perang yang kamu benci… padahal ia ditentukan Allah sebagai KEBAIKAN buat dirimu.

Berdisiplinlah!

p/s: pelajar yang enggan memikul amanah dakwah dengan alasan kesibukan akademik juga harus banyak berkoreksi dan memuhasabah diri…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Monday, April 28, 2008

SALAM INTIFADA...

Assalamualaikum w.b.t...Salam kebangkitan..Maafkan saya kerana sudah lama tidak mempostingkan sebarang artikel semenjak bulan 12 yang lalu..kesibukan sebagai mahasiswa menyebabkan saya tidak mempunyai kesempatan untuk menambah artikel di blog saya.kesibukan membuat assignment(ye ke?,hehe..)..kerja2 di kolej,dan gerak kerja Islam di kampus...

Erm..sekarang,hampir semua orang tidak kira dari golongan manapun,pegawai,petani mahupun mahasiswa masih lagi bercakap mengenai pilihanraya umum ke-12 yang sudah sebulan lebih berlalu.Rata-rata masih lagi memperkatakan mengenai 'angin perubahan' ataupun 'tsunami' pilihanraya yang mana memperlihatkan pakatan rakyat menawan 5 negeri di Malaysia ini..saya tidak ingin mengulas panjang mengenai perkara ini dalam artikel ini...Mengenai Pilihanraya Umum ke-12,(PRU12),akan saya ulas dalam artikel saya yang akan datang..

Bercakap mengenai blog pula,sudah ramai sahabat-sahabat saya dari kalangan mahasiswa sudah mempunyai blog masing-masing.Tidak kira dari fakulti mana,samada dari Akademi Pengajian Islam mahupun Fakulti Sains,ramai sudah yang mempunyai blog.Masing-masing menjadikan blog sebagai satu wadah untuk menyampaikan agenda yang tersendiri.Syabas juga diucapkan kepada pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) kerana masing-masing sudah mempunyai blog.Semoga blog yang ada dapt menjadi satu wadah yang utama dalam menyampaikan Islam,insyaAllah..

Sampai disini dahulu artikel saya pada hari ini,insyaAllah,jika ada kesempatan,saya akan menulis lagi.Salam ukhwah.Wassalam...

Saturday, August 4, 2007

VIRUS MURTAD DI MALAYSIA:SATU FENOMENA!



RAMAI ORG MALAYSIA DAH MURTAD!!!!!!

"Pernah
dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak
menutup kes ini kononnya untuk menjaga
perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes
murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut
boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang
peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang
fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun
selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat
daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita
rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut pegua
mbela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi
ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan
statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776
orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas
alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari
Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya,
perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di
KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum
ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup
oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad
dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa
ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu.
Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh.
Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak
dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes
ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.
Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir
laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang
Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari
setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia
mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan
dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu
yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar
hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak,
dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti
Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya
imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata,
tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua
dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah
pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia
didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi
keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju
kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C.
Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya
lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
"Assalamualaikum
ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."


Bayangkan hati
seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol
anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji
Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio
menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah
akan jadi bahan arkib termasuk permohonan
kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .


Butir asal permohonan......


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk
membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan
seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan
dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada
langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur
Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan
atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk
Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya
Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang
dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan
ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya
iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab
article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia
yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah
perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan
itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan
selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara'
dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama
rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam.
Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen
dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua
tak termasuk.

Article 4 pula
menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan
perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah
ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah
kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan
begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian
seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL
untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak
sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi .
Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa
boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil
berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji
Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak
pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak
menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah
kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia
pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji
Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak
kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman
pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak
sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina
Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa
masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin
ditangkap polis semula sebab Hindu
laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji
Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi
suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya
menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga
dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan
hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji
Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.


Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya
Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.
Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun
masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam.
Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad
Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si
minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.
Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan
perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun
datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL
mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh.
Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis.
Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan
daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof
masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis
ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari
ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya
si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak
yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.


Dalam kes Suzie Teoh,
seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia
tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan
saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah
persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.


Masa tu, Tun Salleh Abas
yang jadi hakim. Beliau seorang
yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis
Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak
tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun.
Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie
Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan
iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

2
tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes
itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan
agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan,
wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18
tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya
yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini."
Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah
dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah
seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan.
Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2
tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes
terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah
dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali
kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu
anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati
dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.


Peristiwa
13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan
kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana
Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita
sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar
diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,
"Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir.
Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu
berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya,
mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah
SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada
kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung
kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong.
Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu.

Apalah dosa a nak kecil yang
berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim
seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar
Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari
dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang
berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh
terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.


Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan
hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita
sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama
yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam
satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan
"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di
suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan
hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di
waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir
balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW
menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".


Imam
Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam
keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.


Bagaimana
gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada
yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford
(orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an
atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap saya).

Unsur
Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata,
rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu
batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang
bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat
stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih
terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu
dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia
telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di
London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari
ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan
pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam
menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang
untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan
ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."


Wasiatnya berjaya
dilaksanakan setelah King tu mati, 1492
. kerajaan Islam Andalusia
yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak
lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani
. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,
tumbang kerajaan Islam Mindanao.
Lepas tu kerajaan Islam Acheh
... semuanya satu demi satu.

Macamana benda ni boleh terjadi?


Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia,
kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah,
Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak
rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian
Francis Xavier (kalau saya tak
silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia
sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil
semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah
"garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi
kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk
ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan
identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi
. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam
gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam
gelita tu.

Pertama, melalui sistem
pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh
Kristian. Convent itu, Saint ini.
Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang
ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada
mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan
garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu
berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya.
Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam
masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi
bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama
Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di
rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat
formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya.
Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu
tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari
masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir
ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh
masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran
Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,
dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan
Kristian muslim Melayu sejati.. "Sebenarnya dia ingin. Akan datang
suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa
dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara
kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,
kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa
tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme.
Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita
hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan
menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan
mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun
malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini.
Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak
tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.


Akhir sekali,
email ini tiada kena mengena dengan ceramah
nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat
perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit
pertahankan agama Islam sebelum terlambat.


Di harap rahmat Allah dan doa-doa para
waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara
itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat
kepada Allah.

PENCINTA WANITA?



PENCINTA WANITA
*DIAMBIL DARI SEORANG SAHABAT..

Engkau-Kah Pencinta Wanita? As-Salaa mu ‘Alaikum… Em, semalam semasa aku balik dari library, ketika sampai sahaja di rumah sewa kawanku. Aku terpandang dan terdengar sebuah klip video lagu ‘aku memang pencinta wanita… namun ku bukan buaya… aku memang pencinta wanita… yang lembut seperti dia… bla, bla, & bla lagi..’ huhu, aku pun terlayan lah sekali… em, yap sampai habis. Selepas je habis lagu tu, aku terus terbaring. Fikiran terus melawang memikirkan beberapa rangkap lagu tadi. Em, Setakat manakah kau mencintai wanita? Kalau difikir-fikirkan dan diteliti daripada klip video tu, aku confius sangat-sangat. Adakah wanita yang macam tu kau nak cintai bagai nak rak... kalau aku, rasanya kau patut rasa kasihan atau pun simpati, tapi bukan mencintai. Memang patut kita kasihankan wanita yang macam tu. Kerana, di samping si lelaki-lelaki yang memakai baju yang penuh bergaya... em, bergaya ker? Boleh la juga dikata bergaya, em, kira pakaian yang ok la... (compare dengan si wanitanya) si wanitanya pulak memakai pakaian yang aduhai... terkoyak sana dan sini. Terabak di bawah dan terlondeh di atas. Tu yang aku kasihan tu. Then, tayang sana, tayang sini... huhu, malu aku nak mencintai wanita sepertinya.. . Begitu murah harga badannya untuk ditayang dan dieksploitasi ke sana dan ke mari. Bagi aku, wanita macam tu sebenarnya dah tak ada harga dah. Senang sangat untuk tengok aurat-nya. Free jer kan… Then, aku terus termenung memikirkan… ‘macam sama je gambaran dengan wanita-wanita jahiliyyah ketika sebelum kedatangan Islam’. Yang mana menurut Imam Mujahid (dalam menafsirkan ayat ke-33 surah al- Ahzaab), “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Then, Imam Qatada pula berkata, “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan. Huhu, menakutkan. Wanita sekarang semakin mencintai kejahilan (dalam ber- agama). Ingin kembali kepada dunia jahiliyyah. Mereka dah mula menolak kemurnian dan kesempurnaan. Mana tidaknya... di kala lelaki berpakaian elok-elok menutup seluruh badan dan tubuhnya, tiba-tiba si perempuannya berpakaian ‘pelik’. Pelik... kerana dibuka sana dan sini. Macam manusia sakai (purba), cuma berbeza pada textile tapi gaya (fesyen) tetap sama. Hanya ditutup pada sebahagian bahagian tubuh tertentu sahaja. Manakala sebahagian bahagian lain dibuka untuk tanyangan umum (U) dan tanpa sensor. Aku terus melawang dan berfikir, di kala zaman awal kedatangan Islam, Islam turut datang dengan syariat untuk menyelamatkan wanita di zaman jahiliyyah ketika itu. Di kala bayi- bayi perempuan yang baru lahir dibunuh sesuka hati (berdasarkan adat mereka), Islam datang menegah supaya jangan dibunuh bayi yang tiada dosa itu. (Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8- 9). Dan di kala wanitanya dijadikan bahan pemuas nafsu semata-semata, Islam datang melindungi wanita dengan syariatnya yang syumul. Wanita bukan lagi simbol seks dan barangan eksploitasi mainan lelaki. Wanita dilindungi dengan pakaian yang baik- baik. Wanita dilindungi dengan jilbab dan kain tudung. Wanita dicintai dengan cara yang sebaik-baiknya. Wanita diberikan ilmu dan ruang untuk membina peribadi yang unggul. Wanita menjadi pembimbing (pengasuh) utama dalam membina dan melahirkan generasi manusia cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk Surah an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33): 59), (al-Hujuuraat (49): 13), (at-Taubah (9): 71). Ia sungguh memperlihatkan kepada kita betapa hebatnya impact kedatangan Islam ke tanah arab pada masa itu. Daripada wanita yang dianggap tidak punya nilai, Islam datang menjadikan wanita aset insani (modal insanlah kiranya) yang sangat tinggi nilai dan martabatnya di dalam dunia yang sedang membina tamadun. Islam memperjuangkan hak kesamarataan tanpa mengira lelaki dan wanita, Islam mementingkan aspek taqwa dan keimanan. (Rujuk Surah al- Hujuuraat (49): 13) Namun, kini... apa dah jadi ni... para wanita dah lupa semua sejarah-sejarah tu ke? Atau tak ambil tahu langsung? Mereka lebih enak dibuai kejahilan dan nafsu buas bersama si lelaki sampah. Em... carilah lelaki yang baik-baik... Aduhai wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi–mu.. . peribadi seorang muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki... keredhaan Ilahi. Jagailah dirimu... suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak Islami... siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari segala ancaman buas nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini. Ingatlah, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran, (3): 185) Aduhai wanita, andainya dirimu habis ternoda… maka itu adalah silapmu sendiri kerana engkau yang alpa… Renungilah maksud ayat ini; “Maka janganlah kamu melunakkan (mengghairahkan) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” (al- Ahzaab (33): 32) “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (pakaian yang menutup aurat dengan baik) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal (pembeza keimanan – muslimah), karena itu mereka tidak di- ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al- Ahzaab (33): 59) Ayat ini menerangkan mesej yang sangat jelas kenapa hari ini terlalu banyaknya gejala buruk menimpa wanita. Maka... jelaslah di sini siapa sebenarnya ‘PENCINTA WANITA’ yang hakiki. Iaitulah ALLAH melalui syariatnya.. . Islam. Dan, kepadamu lelaki... bukan semudah yang disangka untuk memiliki wanita (bukan hanya dengan cinta), perlulah melalui perundangan yang sah. Bukan main tibai jer... Jika benar anda pencinta wanita, buktikan dengan etikanya. Em... wanita, jadilah wanita yang baik- baik... demi masa depan anda! “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah an-Nuur (24): 26) Allahu ‘alam... (habis sudah ku termenung... )


*DIAMBIL DARI SEORANG SAHABAT..

MY CURRICULUM VITAE

FREE BLOGGER TEMPLATE