Monday, May 4, 2009
Tarbiyah X-Men
Assalamualaikum w.b.t.. Baru-baru ni ana berkesempatan enonyon filem terbaru X-men origins: Wolverine. Apabila ana menonton sesuatu filem, ana akan cube mencari sesuatu nilai2 positif yang boleh diambil dari filem tersebut. Memang banyak sifat2 positif yang boleh diambil dari filem tersebut.
Tetapi,apabila ana mengkaji komik X-Men ni,ana terkejut dengan penemuan ana ini.Rupa-rupanya. dalam banyak2 hero atau watak dalam X-Men ni,ada seorang hero Muslimah dalam X-Men! Hero tersebut bernama Sooraya Qadir atau nama 'code' nya dalam X-Men ialah Dust. Dalam siri X-Men ni, Dust mempunyai keupayaan untuk menukar diri menjadi pasir.
Tetapi,apa yang menariknya disini ialah,dalam komik tersebut, dia sentiasa memakai hijab menutup aurat siap dengan memakai purdah(niqab). Dalam komik itu,dia juga digambarkan seorang yang taat kepada agama Islam. Di dala komik tersebut, dia juga digambarkan seseorang yang sangat kuat mempertahankan pakaiannya itu dan dia juga berkata dalam komik itu,dia berpakaian seperti itu adalah kerana pakaian itu melindunginya dari gangguan lelaki dan kerana untuk melindungi maruahnya dan dia selesa berpakaian sedemikian dan buka kerana paksaan. Dia sentiasa berpakaian sedemikian walaupun ketika berlawan dengan musuh.
Dust juga ditunjukkan mempunyai semangat jihad dan sangup mati syahid, kerana dalam satu episod dalam siri X-Men,dia sanggup mati melawan orang jahat kerana dia kata jika dia mati, dia akan buat Allah bangga. Kita boleh melihat karakternya disini,dia sanggup mati untuk Allah. Jadi,nilai yang boleh kita dpt dari watak Dust ini ialah, yang pertama,prinsip pertahankan pakaian menutup aurat dalam Islam walau dalam apa jua keadaan,dan juga sanggup mati untuk Allah.
Jadi,dari sudut dakwah pula,walaupun penulis komik ini adalah bukan Islam, tetapi dia mempunyai pandangan positif terhadap Islam terutama tentang pakaian 'Hijab' iaitu pakainan yang menutup aurat wanita. Jadi,ini adalah perkara yang agak membanggakan kerana komik X-Men dibaca oleh berjuta2 orang diseluruh dunia!
Jadi,jom baca komik.. Dan kita sebagai umat Islam, cube wujudkan suatu komik Islam yang popular yang boleh menjadi wadah kepada Islam diseluruh dunia. Sila lihat laman ini untuk rujukan watak Dust,hero muslimat yang berpurdah tu:)
http://en.wikipedia.org/wiki/Dust_(comics)
Subscribe to:
Posts (Atom)