Wednesday, December 24, 2008

INI KISAH CINTA....



Assalamualaikum w.b.t..Seringkali kita berbicara mengenai cinta..ya..cinta..cinta..dan cinta. Kehidupan kita selaku orang muda memang tidak dapat dipisahkan dari cinta. Bagai belangkas. Tetapi, kisah cinta yang ingin saya kisahkan kali ini adalah bukan kisah cinta biasa. Ya, bukan cinta biasa. Bukan juga cinta diatas kertas. Tetapi,ini adalah kisah cinta dari langit. Yang dikisahkan dari pencipta segala Cinta. Pencipta yang mewujudkan perasaan dan naluri cinta keatas semua makhluk ciptaan-Nya.

Iaitu kisah cinta dari Allah S.W.T. Melalui firman agung-Nya yang dinukilkan di dalam Kitab Agung,Al-Quran Nur Karim. yang diturunkan atas dasar cinta kepada kekasih-Nya,siapa lagi kalau bukan penghulu segala ulama,penghulu segala Nabi dan Rasul, dan Penghulu segala ahli sufi,iaitu junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Semuanya melibatkan cinta. Memang cinta tidak dapat dipisahkan dari fitrah alam.Sebagaimana yang saya maklumkan tadi,kisah cinta kali ini adalah dari langit,iaitu kisah cinta yg termaktub didalam Al-Quran.

Kalau kita perhatikan dan taddabur dengan kitab mulia ini,kita akan dapati banyak sekali kisah-kisah cinta yang Allah nukilkan di dalam Al-Quran ini. Kisah-kisah cinta di dalam Al-Quran merupakan kisah cinta terbaik.Tidak perlu lagi kita mencari kisah-kisah cinta dari barat seperti romeo juliet dan casanova yang sudah terang-terang berpaksikan kemaksiatan kepada Allah S.W.T. Kisah cinta di dalam Al-Quran merupakan kisah cinta terbaik yang memelihara kesucian cinta dari unsur-unsur maksiat kepada Allah.

Di dalam Al-Quran,ada beberapa jenis kisah cinta suci ini yang boleh kita perhatikan. Antaranya ialah Kisah cinta antara Nabi Yusof A.S dan Zulaikha. Kisah cinta bagaimana Nabi Yusof mengutamakan cinta terhadap Allah berbanding mengikut cinta nafsu sehingga sanggup dipenjara kerana cinta Ilahi.kerana mempertahankan kesucian cinta. Di dalam Quran ada juga disebut kisah cinta antara Nabi Musa A.S dan Safura puteri Nabi Ya'akub A.S di mana pada awal pertemuan mereka, kedua-duanya begitu malu-malu dan menjaga pandangan. Di dalam Quran juga ada nikisahkan kisah cinta antara dua pemerintah negara yang hebat,iaitu Nabi Sulaiman A.S dan Ratu Balqis, di mana kedua-duanya bersatu semata-mata untuk mencapai mardhatillah.

Secara tuntasnya, hendaklah kita contohi dan mengambil iktibar diatas kisah-kisah cinta mahupun kisah-kisah lain yang dinyatakan dalam Quran kitab junjungan kita ini. Janganlah kita menjadikan kisah-kisah cinta dari barat yang telah merosakkan kesucian itu dengan nafsu itu sebagai qudwah, tetapi jadikan Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W itu sebagai qudwah,bukan sahaja dalam panduan cinta kita,tetapi sebagai panduan selruh penghidupan kita ini. Ingatlah,hidup kita ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri pada Pencipta segala Cinta,Pencipta segala makhluk,Pencipta segala-galanya,iaitu,Allah S.W.T..

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"( Surah Adz Dzariyaat-56)

Thursday, December 18, 2008

TSAQAFAH DAN MUWASOFAT NUQABA'


Penguasaan nuqaba' terhadap cabang ilmu yang menjadi latar belakang dakwah dan tarbiyyah merupakan satu perkara yang amat penting dan menjadi landasan utama kepercayaan anggota usrah terhadap naqib mereka.

Para nuqaba mesti mengetahui dan meyakini bahawa apabila saf pimpinan memberikan tanggungjawab kepada mereka untuk mengetuai usrah, hal itu merupakan satu kepercayaan yang besar. Oleh itu mereka hendaklah memiliki keyakinan diri dan tidak teragak-agak untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

Untuk itu mereka mesti mempunyai kekuatan tsaqafah dan keperibadian. Mereka mesti tidak boleh dikalahkan oleh tekanan keilmuan yang cetek, lantaran mereka sebenarnya telah memiliki ilmu. Mereka mesti menyedari bahawa bidang pengajian dan takhassus mereka sebenarnya boleh diolah untuk manfaat usrah dan dakwah. Oleh itu, mereka hendaklah mempelajari kemahiran dan teknik memanfaatkan kepakaran dalam bidang pengajian untuk kepentingan dakwah mereka.

TSAQAFAH NUQABA'

Berikut disenaraikan beberapa rujukan bagi membantu mengatasi masalah ketidakyakinan kepada diri sendiri untuk mengendalikan usrah.

Al-Qur'an ... Naqib hendaklah tahu bacaan al-Qur'an yang betul. Mereka hendaklah mengetahui hukum tajwid yang minimum. Mereka sendiri hendaklah khatam al-Qur'an sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Tafsir al-Qur'an ... Naqib hendaklah mengetahui asas penghantar kepada al-Qur'an. Mereka bolehlah merujuk kepada buku Kunci Mengenal al-Qur'an tulisan Zulkifli Hj.Yusoff.
Mereka juga perlu merujuk buku-buku tafsir yang lengkap huraiannya terhadap isi al- Qur'an. Buku yang dicadangkan ialah Tafsir Al-Azhar oleh Allahyarham Hamka atau buku Abr Al-Athir karangan Ustaz Ahmad Sonhadji.

Al-Hadith ...Setidak-tidaknya mempelajari kitab Hadith 40. Naqib perlu mengetahui maklumat yang minimum tentang pengantar kepada ilmu al-hadith. Buku yang boleh dirujuk ialah Pengantar Ulum al-Hadith oleh Dr. Subhi Salih. Cuba merujuk setiap hadith kepada setiap kitab muktabar seperti Sunan Sittah. Kebanyakan buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

Sirah Nabawi ... Naqib dapat meujuk Fiqh As-Sirah oleh Said Ramadhan al-Buti atau Fiqh Harakah oleh Abdul Hadi Awang. Juga buku terbaru TG Niks Abdul Aziz tentang Rasulullah SAW.

Aqidah ... Elakkan diri daripada membincangkan aspek akidah seperti ilmu kalam dan falsafah secara mendalam. Sebaliknya firqah-firqah atau mazhab dalam Islam hendaklah mereka ketahui.
Mereka boleh membuat rujukan kepada buku Aqidah Islamiyyah oleh Sayyid Sabiq atau buku Muqaddimah Aqidah Mukmin oleh Abdul Hadi Awang dan siri kitab-kitab aqidah ( Beriman..) yang ditulis oleh beliau.

Fiqh ... Mengetahui asas tarikh perkembangan hukum dalam Islam dan juga pengantar kepada ilmu fiqh. Sejarah Pembinaan Hukum oleh Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid boleh dijadikan bacaan Secara berterusan mempelajari kitab-kitab fiqh yang muktabar.

Tazkirah dan tazkiyyah an nafs ... Boleh rujuk kepada siri buku karangan Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti Tazkiyyah Jiwa dan Nafsu, Air Mata di Mahsyar dan Mati: Satu Peringatan. Juga kitab Bidayatul Hidayah ( al Ghazali ).

Pembacaan terhadap sumber-sumber fiqh harakah merangkumi fiqh dakwah, fiqh tarbiyyah dan fiqh jihad dan siyasah mestilah dilakukan oleh para nuqaba.

Secara berterusan para nuqaba mestilah juga membaca akhbar harakah dan juga perkembangan politik semasa dari blog-blog yang tsiqah.

Apa-apa yang dinyatakan di atas merupakan sumber minimum yang seharusnya dikuasai oleh para nuqaba' bagi melancarkan perjalanan usrah mereka. Pada masa yang sama, mereka hendaklah memiliki penguasaan dalam bidang ilmu dan alat yang lain seperti kenderaan dan ICT.

MUWASOFAT (CIRI-CIRI) NUQABA’

1. Mempunyai kadar minima tsaqafah nuqaba dan sentiasa mempertingkatkannya.
2. Memiliki keperibadian(syakhsiyyah) nuqaba' dan boleh menjadi qudwah yang baik.
- ibadah fardi
- akhlaq dan keterampilan
- public relationship (PR) yang baik
- interpersonal skill
3. Ada kemahiran tarbawiyah dan da'wiyyah:
- usul dan tarkiz tarbawiyyah
- usul dakwah
- isti'ab dakwah
- pengendalian usrah berkesan
4. Ada kemahiran qiyadiyyah.
- menguasai ahli dengan wahdatul fikr dan amal
5. Ada kemahiran jama'iyyah.
- amal jama’iy
- amal ijtima’iy
6. Ada kemahiran tanzimiyyah.
- pengurusan organisasi

Kelihatannya begitu sukar untuk mencari nuqaba’ yang memiliki ciri-ciri di atas. Namun itulah hakikat yang perlu dimengerti oleh mereka. Justeru itu, rekrumen nuqaba adalah satu ‘core business’ yang perlu diambil berat oleh jamaah.

Wallahu a’lam.


*Dari sahabat...Oleh Pengerusi Balai Islam ASTAR

Friday, December 12, 2008

Tanpamu......


Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa Engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpaMu
Menemani aku sepi


Tanpa..
CintaMu aku resah
Tanpa..
KasihMu aku hampa
Tanpa..
DiriMu aku mati


Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpaMu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari diriMu
Kan Kau tinggalkan aku sendiri
TanpaMu ku mati


Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa Engkau aku tak mengerti



*di ubahsuai dari lirik lagu Tanpamu-sixth sense

Thursday, December 4, 2008

KETUANAN MELAYU VS KETUANAN ISLAM?


Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

NEGARA kembali bergolak mutakhir ini apabila isu Ketuanan Melayu dipalu hebat. Sesekali jelas kelihatan cara mencetus dan memanaskan isu ini lebih kepada gimik atau momokan politik dalam usaha mereka mencari formula pengukuhan semula survival pengaruh dan kuasa mereka.

Saya melihat isu ini tidak terpisah dari "jerangkap samar" yang mampu memerangkap siapa saja dalam jebak perkauman yang sengaja diletuskan.

Menjadi trend lama atau suatu tradisi yang mudah dikesan bagi kuasa politik pemerintah tatkala mengalami kemerosotan pengaruh dan sokongan pengundi bahawa mereka akan menimbulkan isu perkauman.

Sama ada ia satu tindakan untuk mencari simpati dan meraih sokongan politik, ia juga berkemungkinan satu jerat untuk memerangkap musuh politik malah ia juga boleh dilihat sebagai usaha mencipta diri sebagai hero atau juara dalam memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu.

Umno perjuangkan Ketuanan Melayu ?

UMNO pasti sahaja menjadi parti yang lantang bersuara mempertahankan Ketuanan Melayu dengan pelbagai taarif yang mereka cipta sekalipun saling berbeza dan bercanggah antara satu taarif dengan taarif yang dibuat oleh pimpinan UMNO yang lain pula . Seperti mereka juga gagal memahami erti Ketuanan Melayu yang sebenar.

Saya setuju benar untuk menegaskan bahawa selama ini UMNO tidak pernah memahami apakah ertinya Ketuanan Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh mereka . TIdak keterlaluan jika saya sebut bahawa UMNO lah yang bertanggungjawab merosakkan masa depan Melayu malah menjadikan Melayu "hamba" di dalam negara sendiri.

Darihal ini saya tidak perlu mem"bebel" panjang kerana ia hanya akan mengambil masa saya . Sedang semua sedia maklum apa yang telah dilakukan oleh UMNO terhadap kaum bangsa sendiri.

Tanah Rezab Melayu , Bahasa Melayu , Ekonomi Melayu , Pendidikan Melayu , kuasa politik orang Melayu malah segala milik melayu telah dinodai oleh UMNO dan BN . Lalu bagaimana hari ini mereka mahu bercakap soal Ketuanan Melayu.

Ketuanan Islam vs Ketuanan Melayu

Sebagaimana berkali saya tegaskan bahawa kaum dan bangsa selain melayu akan tersentuh hati mereka apabila kita senantiasa mengenegahkan soal melayu , melayu dan melayu . Kenapa tidak ? sebagaimana kita juga akan tersentuh perasaan jika mereka hanya mengenegahkan isu cina, cina dan cina .

Ini kerana di sebabkan bangsa kita adalah suatu yang tidak boleh berubah. Kita jadi melayu bukan kerana pilihan kita sebagaimana cina menjadi cina bukan kerana pilihan mereka.

Justeru itu , bercakap soal bangsa tidak boleh menyelesaikan masaalah perpaduan dan persefahaman antara kaum . Kita bercakap soal bangsa malah selalu berbangga dan mendabik dada dengan bangsa kita , sekalipun bangsa kita mempunyai pelbagai kelebihan dan kehebatan ia tetap akan mengundang rasa tidak puas hati dikalangan bangsa lain kerana mereka sampai bila pun tidak boleh jadi melayu untuk sama - sama menikmati kelebihan tersebut.

Apabila Kita timbulkan isu ketuanan Melayu , maka cina dan India akan terguris perasaan mereka disebabkan sampai bila pun , mereka tidak boleh jadi Melayu untuk turut sama menikmati "ketuanan" tersebut . Tambahan lah kalau melayu dipandang tidak memiliki apa - apa oleh mereka, saya kira sampai bila pun mereka tidak berminat "menjadi" melayu.

Berbeza kiranya kita bercakap soal Ketuanan Islam . Selain daripada Islam adalah agama samawi yang benar dan hebat, ia adalah agama yang boleh diterima oleh siapa sahaja justeru turunnya adalah menjadi rahmat kepada sekelian alam.

Sesiapa sahaja boleh menjadi muslim. Tidak mengira apa bangsa ia dicipta, Asy Syahadatain boleh menjadikan mereka layak sebagai seorang muslim. Maksudnya sesiapa sahaja boleh menerima Islam asal sahaja meyakini bahawa tiada Tuhan melainkan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah . Melayu kah mereka demikianlah cina atau Indiakah mereka. Mereka boleh jadi Melayu Muslim , Cina Muslim , India Muslim atau apa sahaja bangsa mereka.

Kalau pun mereka tidak mahu menjadi muslim atau tidak menerima Islam sebagai agama dan cara hidup mereka . Mereka masih boleh memilih untuk berada dibawah lindungan Islam sebagai golongan zimmi yang membayar Jizyah kepada pemerintahan Islam.

Memandangkan Cina dan India terlebih dahulu mengenali Islam berbanding Melayu, maka saya sangat yakin apabila kita bercakap soal Ketuanan Islam, ianya tidaklah mengecewakan mereka .

Apa yang malang ialah umat Islam sendiri gagal beramal dan menghayati Islam sebagai cara hidup dan membimbing manusia kembali ke jalan yang benar. sedikit sebanyak ia menjadi fitnah kepada ummah .

Ketuanan Islam tidak akan menegecewakan Cina, India

Namun begitu Islam tetap utuh sebagai agama suci yang dipelihara oleh Allah jalla wa A'ala . Ajarannya tetap menunjuk ke arah jalan yang benar. Tidak sahaja jalan menuju akhirat dan membina kehidupan akhirat di syurga ALlah tetapi Islam adalah agama yang lengkap dengan pelbagai akta dan enakmen serta peraturan untuk manusia menjalani kehidupan di dunia.

Persoalannya kenapa tidak kita bercakap soal Ketuanan Islam lantas memperjuangkannya. Islam agama yang syumul pula kaya dengan kemuliaan akhlak dan ketinggian nilai.

Saya berkeyakinan tinggi bahawa Islam agama yang mampu malah boleh diterima oleh sesiapa sahaja andainya sampai kepadanya keterangan dan penjelasan yang lengkap mengenai Islam . Selebihnya kembali kepada ketentuan Allah untuk memberi hidayah atau tidak.

Paling tidak , menjadikan mereka akur akan kebenaran Islam dan tidak lagi memusuhi Islam atau peringkat seterusnya , mereka sedia malah memilih untuk berada dibawah lembayung Islam justeru menginsafi keadilannya kalaupun mereka belum bersedia untuk menganut ajaran Islam.

Mempertahan dan memperjuangkan Ketuanan Islam nyata berbaloi berbanding perjuangan bangsa dan warna kulit.

Berasaskan realiti ini , saya berseru agar kita tidak lagi memperjuangkan bangsa sebaliknya memperjuangkan Ketuanan Islam disamping kita berbangga menjadi bangsa apa kita diciptakan.-Hrkh

(Penulis adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS dan tulisan ini dipetik daripada lamen blog beliau)

MY CURRICULUM VITAE

FREE BLOGGER TEMPLATE