Monday, March 23, 2009

BILA DIRI DISAYANGI...



Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
keagungan
kasih
merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri...

  • Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  • Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
  • Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  • Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
  • Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
  • Tunjukilah kami jalan yang lurus.
  • Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat...
(Al-Fatihah:1-7)

Sunday, March 15, 2009

PENAWAR HATI...PENYEJUK MATA..

25 NASIHAT LUQMANUL HAKIM


  • Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

  • Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
  • Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  • Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  • Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  • Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  • Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
  • Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
  • Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  • Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
  • Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  • Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
  • Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  • Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  • Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  • Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.





Citra hidupmu begitu mempesona
Mutiara hikmah nasihatmu berharga
Pada kata yang tersurat
Ada maksud yang tersirat
Suri tauladan buat panduan umat

Kau tersendiri dalam menabur bakti
Punyai misi untuk dicontohi
Ketinggian budi dan keindahan pekerti
Mengangkat dirimu semulia para nabi

C/O
Peribadimu Luqmanul Hakim
Cermin suluh peribadi mukmin
Kerna kepintaran dan kecerdikan kau disegani
Jati dirimu Luqmanul Hakim
Menjadikan kau insan terpilih
Segalanya diharungi dengan gigih
Terkadang dirimu bagaikan tersisih
Di sisi Tuhan kau tak pernah terpinggir

Biarpun lelah mendera
Kau tidak pernah mengalah
Menempuh ranjau penuh tabah
Terpahat memoirmu
Di kanvas sejarah
Tercatat di Al-Quran dalam satu surah

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

RIWAYAT AKU....?


Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku
Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada
Lalu sama seperti yang biasa

Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus sebagai air
Mengalir tidak pernah berhenti
Melimpah, menyerap, menghakis, menembus
Memenuh setiap ruang yang kosong
Tanah tandus dan benih kering
Kucurahkan subur agar muncul tunas
Yang pucuknya nanti mahkota rendang
Tempat berteduh di dataran gersang

Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalananku
Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang
Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa

Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus gagah mengalir
Dari pancaran anak batu di hulu belantara
Meliku, melekok, membelah dada baruh dan darat, selatan dan utara
Lantas…
Si dahaga menghirup jernih teguk yang sejuk
Si lapar mengail isi subur khazanah dada yang kaya
Tebing menyambut perahu berlabuh
Menemukan rindu dengan yang ditunggu

Kerana aku seperti air
Aku boleh memilih untuk tiada tersirat di sebalik yang tersurat
Mengalir dangkal sejengkal dari pangkal
Lalu mudah ditafsir segera, sejurus sebelum kontang terserap ke udara

Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk menjadi lautan seribu tanda tanya
Bagi pelayar di permukaan seluas pandangan mata
Ketemulah ia ribut taufan puting beliung yang menggila.
Namun yang bestari ingin mencari makna
Akan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki dua
Hingga sampai ke dasar selepas jerih payah dan sabar jiwa
Lantas bertemu keindahan makna, jawapan seribu satu rahsia

Riwayat aku seperti air
Di hari subur berbakti pada manusia dada tanah watan
Di hari gersang mikraj ke langit atas perintah Tuhan
Basah kering air, hanya kitaran pusingan nadi
Bumi dan langit, air terus maujud kekal menabur berbakti.

"Dan Allah menjadikan setiap haiwan itu dari air, maka ada sebahagiannya yang berjalan di atas perutnya, dan ada sebahagian yang berjalan di atas dua kaki dan sebahagian yang lain di atas empat (kaki). Allah menjadikan apa sahaja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu" - An Nur : 45

Saturday, March 14, 2009

PLEASE BE PATIENT!


1. Sabar diletakkan sebelum Solat di dalam firman Allah SWT:

"Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat" (Al-Baqarah 2:40)

2. Sabar disebut di dalam Al-Quran lebih dari 70 kali. Antaranya:

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya" (Ali Imran 3: 200)

3. Sumber kesabaran adalah Iman dan Taufiq daripada Allah. Ia tidak mungkin hanya bergantung kepada azam dan semangat semata-mata. Firman Allah:

"Dan bersabarlah kamu, bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan dengan Allah." (An-Nahl 16: 127)

4. Sabar juga menjadi nasihat utama yang diberikan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya ketika menyebut tentang kewajipan solat serta mengerjakan al-amr bil ma'ruf wa an-nahy 'an al-munkar . Firman Allah:

"Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)" (Luqman 31: 17)

5. Allah juga memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Firmannya:

"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Al-Baqarah 2: 155-157)

6. Mereka yang kehilangan sesuatu kerana sabar, dijanjikan Allah dengan gantian yang lebih baik bahkan terbaik.

"Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan" (An-Nahl 16: 96)

7. Perbuatan-perbuatan baik yang lain, Allah janjikan balasan tertentu untuknya. Akan tetapi, ganjaran sabar tidak Allah tentukan bahkan kepada kadar yang tidak mungkin dapat dihitung.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)

8. Rasulullah SAW menyifatkan sabar sebagai Dhayâ iaitu sumber cahaya. Ertinya, sabar itu adalah sumber kepada kebaikan-kebaikan yang lain.

9. Kerana sifat sabar, Allah SWT menjadikan segala urusan orang-orang yang beriman itu baik. Rasulullah SAW bersabda:

"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Muslim)

10. Sesungguhnya bala bencana yang ditimpakan Allah ke atas seorang mukmin adalah tanda bahawa Allah menginginkan kebaikan untuknya. Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Al-Bukhari)

"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (At-Tirmizi & Ibn Majah)

11. Sebahagian daripada sahabat Nabi RA pernah menyebut "Sesungguhnya kami tidak menganggap iman seorang lelaki itu sebagai iman yang sebenar jika beliau tidak bersabar apabila ditimpa ujian."

12. Sabar mestilah ditangani dengan perasaan tenteram tidak 'melatah' dengan ujian yang datang. Lihat contoh kisah Ibu Musa AS semasa anaknya yang dihanyutkan itu, ditemui di dalam istana Firaun. Firman Allah SWT:

"Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong (dari sebarang ingatan kerana mengenangkan anaknya). Sesungguhnya nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)." (Al-Qasas 28: 10)

13. Sifat sabar adalah sifat yang menjadikan Para Rasul yang Ulul-Azm berbeza martabatnya di sisi Allah berbanding dengan Nabi-nabi dan Rasul yang lain. Mereka adalah Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad SAW.

14. Sabar terbahagi kepada :


  • Sabar di dalam mengerjakan ibadat


  • Sabar di dalam meninggalkan maksiat


  • Sabar di dalam menikmati pemberian


  • Sabar di dalam menghadapi musibah

15. Kesimpulan: Sabar adalah sifat utama orang mukmin. Ia punca kepada kebaikan yang lain. Sabar tidak terhasil melainkan dengan latihan dan ketekunan. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada kita, Ameen.


Wednesday, March 11, 2009

REPENT...


Perkara dosa biasanya berkait rapat dengan Iman. Allah Maha Pengampun dan Mengasihi Orang-orang yg bertaubat. Dosa, ramai orang buat dosa, tetapi diberikan rasa ingin bertaubat itu adalah satu perkara yang sangat baik dan perlu disyukuri.

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86

Jika hatinya merenungkan keburukan perbuatannya, serta ia menyedari dosa-dosa yang ia perbuat itu, nescaya dalam hati akan terdetik keinginan untuk bertaubat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat itu. Kemudian Allah SWT akan membantunya dengan menguatkan tekadnya itu, melakukan tindakan pemulihan atas dosa-dosanya, serta melakukan perbuatan-perbuatan yang diperlukan dalam taubat. (Risalah Qusyairiah dengan tahqiq Dr. Abdul Halim Mahmud, dan Dr. Mahmud bin Syarif, (1/ 254, 255)

Al-Qusyairi berkata dalam kitabnya "Risalah Qusyairiah": taubat yang pertama adalah: bangunnya hati dari kelalaian, serta sang hamba melihat keadaan yang buruk akibat dosa yang ia lakukan. Dan itu akan mendorongnya untuk mengikuti dorongan hati nuraninya agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Kerana dalam khabar disebutkan: "penasihat dari Allah SWT terdapat dalam hati setiap orang muslim". (Riwayatkan Ahmad dari An Nuwas bin Sam'an).

Ingat kembali perkara rukun(Asas) yakni Rukun Iman.

Beriman kepada Allah ...sentiasa mengingati Allah Maha Melihat. tentu malu untuk berbuat maksiat walaupun ketika berseorangan.

Beriman kepada Malaikat....sentiasa Ingat ada Malaikat sekeliling diri, terutama Malaikat pencatit amalan, tentu malu pada malaikat. Ini perkara wajib kita perlu beriman bahawa adanya malaikat disekeliling kita. Rukun Iman. =D

Dan tentunya mengingati mati. banyak mengingati mati dapat menghindarkan diri dari perkara nafsu berlebihan. kerana, bila-bila kita boleh dijemput Allah s.w.t, bila-bila saja boleh malaikat maut datang mengambil nyawa kita. Inilah sebaik-baik penasihat dan jalan muhasabah. Apabila kita mengingati mati, kita akan sentiasa cuba memperbaiki iman dan amalan, bertaubat, meninggalkan dosa, tidak tidak memikirkan keseronokan hawa nafsu yang bersifat sementara.

Tetapi, janganlah di rundung perasaan putus asa apabila mengingati mati, putus asa itu pula dari syaitan, bukan jalan kebaikan. Dan juga dilarang untuk meminta dipercepatkan kematian, itu juga di larang.

Positivekan minda, mengingati mati akan membuatkan kita lebih kuat berusaha:

1. Sentiasa bersedia menghadapinya dengan melakukan kebaikan
2. Sentiasa memperbaharui taubat dan tidak lalai
3. tidak tergoda dengan hawa nafsu yang jahat.
4. lebih berusaha keras untuk berjaya kerana mahu meninggalkan amal-jariah (kerja kuat duit banyak sedekah pun banyak, boleh bayar hutang jika ada, dan sebagainya, boleh tinggalkan wasiat dan sebagainya.)
5. sentiasa ingat mati juga membuatkan kita berusaha keras untuk mencari nafkah dan meninggalkan anak-anak yang soleh dan solehah(bagi yang sudah berkahwin atau baru berkahwin)
6. Dan banyak lagi perkara kebaikan apabila mengingati mati, jiwa lebih berserah kepadaNya, takut kepada Allah s.w.t, takut untuk berbuat dosa walaupun yang paling remeh kerana tidak tahu bila-bila pon boleh dijemputNya.

Tambahan kepada perkara dua:
Kepentingan Mengingati Mati
Hadith :
Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".Abu Sa'id r.aRujukan Hadith Ini

Selamat berusaha mempertingkatkan iman untuk menjauhi perkara dosa, dan tekad, serta azam bersungguh-sungguh... perbanyakkan mengingati mati insyaAllah. =D

Jalan bertaubat juga memerlukan pengorbanan.. korbankan perkara yang boleh melalaikan hati anda dari mengingati Allah s.w.t.. korbankan masa yang terlalu lapang mengadap hiburan (dengan pakaian tak elok) kepada masa yang diisikan dengan pembacaan yang bermanfaat. tentunya yang pertamanya Al-quran, dan buku-buku ilmu yang pelbagai.

"Pekerjaan yang serius akan membebaskan jiwa dari fikiran yang jahat, dari khalayan-khayalan yang penuh dosa dan dari keinginan-keinginan yang diharamkan"

wallahua'lam

MY CURRICULUM VITAE

FREE BLOGGER TEMPLATE