Wednesday, March 11, 2009

REPENT...


Perkara dosa biasanya berkait rapat dengan Iman. Allah Maha Pengampun dan Mengasihi Orang-orang yg bertaubat. Dosa, ramai orang buat dosa, tetapi diberikan rasa ingin bertaubat itu adalah satu perkara yang sangat baik dan perlu disyukuri.

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86

Jika hatinya merenungkan keburukan perbuatannya, serta ia menyedari dosa-dosa yang ia perbuat itu, nescaya dalam hati akan terdetik keinginan untuk bertaubat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat itu. Kemudian Allah SWT akan membantunya dengan menguatkan tekadnya itu, melakukan tindakan pemulihan atas dosa-dosanya, serta melakukan perbuatan-perbuatan yang diperlukan dalam taubat. (Risalah Qusyairiah dengan tahqiq Dr. Abdul Halim Mahmud, dan Dr. Mahmud bin Syarif, (1/ 254, 255)

Al-Qusyairi berkata dalam kitabnya "Risalah Qusyairiah": taubat yang pertama adalah: bangunnya hati dari kelalaian, serta sang hamba melihat keadaan yang buruk akibat dosa yang ia lakukan. Dan itu akan mendorongnya untuk mengikuti dorongan hati nuraninya agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Kerana dalam khabar disebutkan: "penasihat dari Allah SWT terdapat dalam hati setiap orang muslim". (Riwayatkan Ahmad dari An Nuwas bin Sam'an).

Ingat kembali perkara rukun(Asas) yakni Rukun Iman.

Beriman kepada Allah ...sentiasa mengingati Allah Maha Melihat. tentu malu untuk berbuat maksiat walaupun ketika berseorangan.

Beriman kepada Malaikat....sentiasa Ingat ada Malaikat sekeliling diri, terutama Malaikat pencatit amalan, tentu malu pada malaikat. Ini perkara wajib kita perlu beriman bahawa adanya malaikat disekeliling kita. Rukun Iman. =D

Dan tentunya mengingati mati. banyak mengingati mati dapat menghindarkan diri dari perkara nafsu berlebihan. kerana, bila-bila kita boleh dijemput Allah s.w.t, bila-bila saja boleh malaikat maut datang mengambil nyawa kita. Inilah sebaik-baik penasihat dan jalan muhasabah. Apabila kita mengingati mati, kita akan sentiasa cuba memperbaiki iman dan amalan, bertaubat, meninggalkan dosa, tidak tidak memikirkan keseronokan hawa nafsu yang bersifat sementara.

Tetapi, janganlah di rundung perasaan putus asa apabila mengingati mati, putus asa itu pula dari syaitan, bukan jalan kebaikan. Dan juga dilarang untuk meminta dipercepatkan kematian, itu juga di larang.

Positivekan minda, mengingati mati akan membuatkan kita lebih kuat berusaha:

1. Sentiasa bersedia menghadapinya dengan melakukan kebaikan
2. Sentiasa memperbaharui taubat dan tidak lalai
3. tidak tergoda dengan hawa nafsu yang jahat.
4. lebih berusaha keras untuk berjaya kerana mahu meninggalkan amal-jariah (kerja kuat duit banyak sedekah pun banyak, boleh bayar hutang jika ada, dan sebagainya, boleh tinggalkan wasiat dan sebagainya.)
5. sentiasa ingat mati juga membuatkan kita berusaha keras untuk mencari nafkah dan meninggalkan anak-anak yang soleh dan solehah(bagi yang sudah berkahwin atau baru berkahwin)
6. Dan banyak lagi perkara kebaikan apabila mengingati mati, jiwa lebih berserah kepadaNya, takut kepada Allah s.w.t, takut untuk berbuat dosa walaupun yang paling remeh kerana tidak tahu bila-bila pon boleh dijemputNya.

Tambahan kepada perkara dua:
Kepentingan Mengingati Mati
Hadith :
Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".Abu Sa'id r.aRujukan Hadith Ini

Selamat berusaha mempertingkatkan iman untuk menjauhi perkara dosa, dan tekad, serta azam bersungguh-sungguh... perbanyakkan mengingati mati insyaAllah. =D

Jalan bertaubat juga memerlukan pengorbanan.. korbankan perkara yang boleh melalaikan hati anda dari mengingati Allah s.w.t.. korbankan masa yang terlalu lapang mengadap hiburan (dengan pakaian tak elok) kepada masa yang diisikan dengan pembacaan yang bermanfaat. tentunya yang pertamanya Al-quran, dan buku-buku ilmu yang pelbagai.

"Pekerjaan yang serius akan membebaskan jiwa dari fikiran yang jahat, dari khalayan-khayalan yang penuh dosa dan dari keinginan-keinginan yang diharamkan"

wallahua'lam

No comments:

MY CURRICULUM VITAE

FREE BLOGGER TEMPLATE