Monday, December 3, 2007

Syair Imam Syafi'i



Engkau durhaka kepada Allah,
dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya.
Ini adalah suatu kemustahilan.
Apabila benar engkau mencintai-Nya,
pastilah engkau taati semua perintah-Nya.
Sesungguhnya orang menaruh cinta,


Tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.
Dia telah kirimkan nikmat-Nya kepadamu,
setiap saat dan tak ada rasa syukur,
yang engkau panjatkan kepada-Nya.

Saturday, August 4, 2007

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN....UKHUWAH FILLAH...




Ukhuwah fillah..

Kerap kali kita sering menyebut kata-kata ini di akhir pertemuan dengan SAHABAT-SAHABAT kita...namun..adakah kita betul-betul menghayati ape yang kita perkatakan itu...atau adakah ianya sekadar retorik semata-mata...kata penyedap telinga sahaja..

Kita menyatakan "UKHUWAH FILLAH"...tetapi adakah kita menolong sahabat kita ketika susah...atau adakah kita bersedia menjadi MENJADI PENDENGAR SETIA masalah sahabat kita itu...adakah begitu susah hannya untuk menjadi PENDENGAR SETIA ??walaupun kita tidak berupaya menyelesaikan masalah sahabat kita,namun cukuplah sekadar menjadi pendengar masalah yang baik..

Sahabat kita itu memerlukan SESEORANG untuk meluahkan perasaannya...tetapi akibat terlalu sibuk...kita kerap memberi alasan "Busylah,lainkalilah ye" ataupun "Nanti-nantilah,aku sibuk ni"..tahukah perkataan itu mungkin mengguris hati sahabat kita...pernakah kita terfikir...sahabat kita hannya meminta tidak sampai 10% masa kita dalam 24 jam untuk kita mendengar luahan mereka...

Oleh itu sahabat-sahabat..marilah kita sama-sama menjadi pendengar yang baik...ianya mungkin dapat meredakan masalah sahabat kita itu...Janganlah kita hannya pandai mengungkapkan kata-kata manis sewaktu senang,tetapi di kala susah,kita menjauhkan diri daripada sahabat kita...

Ingatlah,jagalah hubungan kita semua dengan sahabat-sahabat kita...

"UKHUWAH FILLAH"

"SESEORANG DI ANTARA KALIAN (TIDAK DIKATAKAN) BERIMAN SEHINGGA DIA MENCINTAI SAUDARANYA SEBAGAIMANA DIA MENCINTAI DIRINYA SENDIRI"(HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

DIPETIK DARI KITAB "HADITS ARBAI'N AN-NAWAWIYAH"

SUARA HATI...FITRAH INSANI...



Ya Allah,
Jika aku jatuh CINTA,
CINTAkanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan CINTAnya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.


YA RAHIM
Jika aku jatuh HATI
Izinkan aku menyentuh HATI seseorang
yang HATInya tertaut padaMu, agar aku tidak terjatuh
dalam jurang cinta nafsu...

YA RABBI,
Jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripadaMu

YA RABBUL IZZATI
jika aku RINDU
RINDUkanlah aku pada seseorang
yang meRINDUI syahid di jalanMu

YA ALLAH
jika aku menikmati CINTA kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat
disepertiga malam

YA ALLAH
Jika aku jatuh HATI pada kekasihMu
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

YA ALLAH
jika Kau halakan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah
melupakan aku pada CINTA hakiki dan RINDU
abadi hanya kepada Mu
terakhirMU

RAYUAN PARA ABID...




Rintihan hati ini di malam hari..........


Airmata keinsafan
yang mengalir
di malam sepi
inilah dia
pelembut jiwa
bagi mendapat
kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
dari seorang
hamba yang daif
kerna mengenang
segala dosa
moga mendapat keampunan
dari ilahi

setiap kekasih Allah
menempuhi jalan ini
untuk mereka memiliki
kejayaan

Ayuh bersama
kita susuri
perjalan kekasih Allah
agar kita
tiada rugi
dalam meniti hidup ini

terangi airmata ini
titisannya paling berharga
buat menimba api neraka
moga selamat di titian sirat
syurga abadi

Ingatlah sahabat-sahabat..berape kalikah kita bangun qiamullail di dalam seminggu....merintih memohon keampunan...mengadu segala masalah...Ingatlah...Allah s.w.t Maha Penyanyang,Maha Pengampun,Maha Pengasih,Maha Penerima Taubat,Maha Mendengar dan Maha Melihat....

LELAKI IDAMAN WANITA



KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS..............

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hIdupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10.Solat malam menjadi kebiasaannya.

11.Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.

16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt

17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga. Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan

Insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian.Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh

AYAT-AYAT PERINGATAN..



RENUNGAN HARI INI
...Demi Allah, aku akan meneruskan jihad untuk apa yang Allah sampaikan kepadaku, sampai Allah memberi kemenangan atau leherku ini terpisah.[Hadith Riwayat Ahmad dari Miswar bin Makhramah]...

Demi Allah, apabila mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku menghentikan dakwahku, aku tidak akan menghentikannya sampai Allah memberi kemenangan atau aku mati kerananya.[ Sirah Tarikh at-Thabari II: 336 ]

Firman-firman Allah swt yang bermaksud:
Kebenaran (islam) itu dari Tuhanmu, maka sekali-kali kamu jangan menjadi orang yang ragu.[ Al-Baqarah: 147]

Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang haq (benar), agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama.[Al-Fath: 28]

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.[Ar-Rad: 11]

Barangsiapa mencari selain Islam sebagai agama, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.[Ali Imran:85]

Barangsiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang[Al Ma idah: 56]

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah (Agama-Nya), niscaya Dia akan menolong kamu dan menetapkan telapak kakimu.[Surah Muhammad: 7]

Apabila kamu ditolong oleh Allah, maka tidak akan ada yang sanggup mengalahkan kamu. Maka siapakah yang dapat menolong kamu setelah (pertolongan) Allah? Dan kepada Allah lah orang-orang beriman hendaklah bertawakkal.[Ali Imran: 160]

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.Sesunguhnya Dia adalah penerima taubat.[AnNashr: 1-3]

VIRUS MURTAD DI MALAYSIA:SATU FENOMENA!



RAMAI ORG MALAYSIA DAH MURTAD!!!!!!

"Pernah
dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak
menutup kes ini kononnya untuk menjaga
perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes
murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut
boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang
peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang
fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun
selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat
daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita
rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut pegua
mbela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi
ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan
statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776
orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas
alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari
Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya,
perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di
KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum
ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup
oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad
dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa
ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu.
Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh.
Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak
dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes
ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.
Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir
laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang
Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari
setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia
mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan
dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu
yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar
hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak,
dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti
Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya
imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata,
tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua
dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah
pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia
didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi
keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju
kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C.
Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya
lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
"Assalamualaikum
ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."


Bayangkan hati
seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol
anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji
Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio
menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah
akan jadi bahan arkib termasuk permohonan
kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .


Butir asal permohonan......


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk
membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan
seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan
dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada
langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur
Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan
atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk
Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya
Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang
dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan
ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya
iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab
article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia
yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah
perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan
itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan
selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara'
dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama
rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam.
Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen
dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua
tak termasuk.

Article 4 pula
menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan
perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah
ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah
kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan
begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian
seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL
untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak
sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi .
Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa
boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil
berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji
Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak
pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak
menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah
kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia
pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji
Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak
kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman
pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak
sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina
Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa
masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin
ditangkap polis semula sebab Hindu
laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji
Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi
suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya
menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga
dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan
hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji
Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.


Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya
Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.
Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun
masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam.
Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad
Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si
minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.
Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan
perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun
datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL
mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh.
Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis.
Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan
daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof
masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis
ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari
ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya
si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak
yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.


Dalam kes Suzie Teoh,
seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia
tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan
saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah
persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.


Masa tu, Tun Salleh Abas
yang jadi hakim. Beliau seorang
yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis
Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak
tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun.
Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie
Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan
iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

2
tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes
itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan
agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan,
wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18
tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya
yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini."
Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah
dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah
seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan.
Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2
tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes
terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah
dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali
kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu
anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati
dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.


Peristiwa
13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan
kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana
Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita
sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar
diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,
"Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir.
Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu
berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya,
mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah
SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada
kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung
kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong.
Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu.

Apalah dosa a nak kecil yang
berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim
seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar
Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari
dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang
berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh
terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.


Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan
hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita
sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama
yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam
satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan
"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di
suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan
hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di
waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir
balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW
menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".


Imam
Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam
keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.


Bagaimana
gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada
yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford
(orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an
atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap saya).

Unsur
Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata,
rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu
batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang
bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat
stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih
terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu
dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia
telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di
London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari
ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan
pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam
menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang
untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan
ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."


Wasiatnya berjaya
dilaksanakan setelah King tu mati, 1492
. kerajaan Islam Andalusia
yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak
lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani
. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,
tumbang kerajaan Islam Mindanao.
Lepas tu kerajaan Islam Acheh
... semuanya satu demi satu.

Macamana benda ni boleh terjadi?


Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia,
kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah,
Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak
rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian
Francis Xavier (kalau saya tak
silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia
sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil
semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah
"garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi
kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk
ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan
identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi
. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam
gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam
gelita tu.

Pertama, melalui sistem
pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh
Kristian. Convent itu, Saint ini.
Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang
ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada
mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan
garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu
berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya.
Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam
masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi
bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama
Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di
rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat
formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya.
Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu
tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari
masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir
ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh
masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran
Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,
dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan
Kristian muslim Melayu sejati.. "Sebenarnya dia ingin. Akan datang
suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa
dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara
kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,
kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa
tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme.
Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita
hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan
menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan
mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun
malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini.
Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak
tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.


Akhir sekali,
email ini tiada kena mengena dengan ceramah
nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat
perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit
pertahankan agama Islam sebelum terlambat.


Di harap rahmat Allah dan doa-doa para
waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara
itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat
kepada Allah.

PENCINTA WANITA?



PENCINTA WANITA
*DIAMBIL DARI SEORANG SAHABAT..

Engkau-Kah Pencinta Wanita? As-Salaa mu ‘Alaikum… Em, semalam semasa aku balik dari library, ketika sampai sahaja di rumah sewa kawanku. Aku terpandang dan terdengar sebuah klip video lagu ‘aku memang pencinta wanita… namun ku bukan buaya… aku memang pencinta wanita… yang lembut seperti dia… bla, bla, & bla lagi..’ huhu, aku pun terlayan lah sekali… em, yap sampai habis. Selepas je habis lagu tu, aku terus terbaring. Fikiran terus melawang memikirkan beberapa rangkap lagu tadi. Em, Setakat manakah kau mencintai wanita? Kalau difikir-fikirkan dan diteliti daripada klip video tu, aku confius sangat-sangat. Adakah wanita yang macam tu kau nak cintai bagai nak rak... kalau aku, rasanya kau patut rasa kasihan atau pun simpati, tapi bukan mencintai. Memang patut kita kasihankan wanita yang macam tu. Kerana, di samping si lelaki-lelaki yang memakai baju yang penuh bergaya... em, bergaya ker? Boleh la juga dikata bergaya, em, kira pakaian yang ok la... (compare dengan si wanitanya) si wanitanya pulak memakai pakaian yang aduhai... terkoyak sana dan sini. Terabak di bawah dan terlondeh di atas. Tu yang aku kasihan tu. Then, tayang sana, tayang sini... huhu, malu aku nak mencintai wanita sepertinya.. . Begitu murah harga badannya untuk ditayang dan dieksploitasi ke sana dan ke mari. Bagi aku, wanita macam tu sebenarnya dah tak ada harga dah. Senang sangat untuk tengok aurat-nya. Free jer kan… Then, aku terus termenung memikirkan… ‘macam sama je gambaran dengan wanita-wanita jahiliyyah ketika sebelum kedatangan Islam’. Yang mana menurut Imam Mujahid (dalam menafsirkan ayat ke-33 surah al- Ahzaab), “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Then, Imam Qatada pula berkata, “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan. Huhu, menakutkan. Wanita sekarang semakin mencintai kejahilan (dalam ber- agama). Ingin kembali kepada dunia jahiliyyah. Mereka dah mula menolak kemurnian dan kesempurnaan. Mana tidaknya... di kala lelaki berpakaian elok-elok menutup seluruh badan dan tubuhnya, tiba-tiba si perempuannya berpakaian ‘pelik’. Pelik... kerana dibuka sana dan sini. Macam manusia sakai (purba), cuma berbeza pada textile tapi gaya (fesyen) tetap sama. Hanya ditutup pada sebahagian bahagian tubuh tertentu sahaja. Manakala sebahagian bahagian lain dibuka untuk tanyangan umum (U) dan tanpa sensor. Aku terus melawang dan berfikir, di kala zaman awal kedatangan Islam, Islam turut datang dengan syariat untuk menyelamatkan wanita di zaman jahiliyyah ketika itu. Di kala bayi- bayi perempuan yang baru lahir dibunuh sesuka hati (berdasarkan adat mereka), Islam datang menegah supaya jangan dibunuh bayi yang tiada dosa itu. (Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8- 9). Dan di kala wanitanya dijadikan bahan pemuas nafsu semata-semata, Islam datang melindungi wanita dengan syariatnya yang syumul. Wanita bukan lagi simbol seks dan barangan eksploitasi mainan lelaki. Wanita dilindungi dengan pakaian yang baik- baik. Wanita dilindungi dengan jilbab dan kain tudung. Wanita dicintai dengan cara yang sebaik-baiknya. Wanita diberikan ilmu dan ruang untuk membina peribadi yang unggul. Wanita menjadi pembimbing (pengasuh) utama dalam membina dan melahirkan generasi manusia cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk Surah an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33): 59), (al-Hujuuraat (49): 13), (at-Taubah (9): 71). Ia sungguh memperlihatkan kepada kita betapa hebatnya impact kedatangan Islam ke tanah arab pada masa itu. Daripada wanita yang dianggap tidak punya nilai, Islam datang menjadikan wanita aset insani (modal insanlah kiranya) yang sangat tinggi nilai dan martabatnya di dalam dunia yang sedang membina tamadun. Islam memperjuangkan hak kesamarataan tanpa mengira lelaki dan wanita, Islam mementingkan aspek taqwa dan keimanan. (Rujuk Surah al- Hujuuraat (49): 13) Namun, kini... apa dah jadi ni... para wanita dah lupa semua sejarah-sejarah tu ke? Atau tak ambil tahu langsung? Mereka lebih enak dibuai kejahilan dan nafsu buas bersama si lelaki sampah. Em... carilah lelaki yang baik-baik... Aduhai wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi–mu.. . peribadi seorang muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki... keredhaan Ilahi. Jagailah dirimu... suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak Islami... siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari segala ancaman buas nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini. Ingatlah, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran, (3): 185) Aduhai wanita, andainya dirimu habis ternoda… maka itu adalah silapmu sendiri kerana engkau yang alpa… Renungilah maksud ayat ini; “Maka janganlah kamu melunakkan (mengghairahkan) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” (al- Ahzaab (33): 32) “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (pakaian yang menutup aurat dengan baik) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal (pembeza keimanan – muslimah), karena itu mereka tidak di- ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al- Ahzaab (33): 59) Ayat ini menerangkan mesej yang sangat jelas kenapa hari ini terlalu banyaknya gejala buruk menimpa wanita. Maka... jelaslah di sini siapa sebenarnya ‘PENCINTA WANITA’ yang hakiki. Iaitulah ALLAH melalui syariatnya.. . Islam. Dan, kepadamu lelaki... bukan semudah yang disangka untuk memiliki wanita (bukan hanya dengan cinta), perlulah melalui perundangan yang sah. Bukan main tibai jer... Jika benar anda pencinta wanita, buktikan dengan etikanya. Em... wanita, jadilah wanita yang baik- baik... demi masa depan anda! “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah an-Nuur (24): 26) Allahu ‘alam... (habis sudah ku termenung... )


*DIAMBIL DARI SEORANG SAHABAT..

BERJUANG SENDIRIAN...BETULKAH??



BERJUANG SENDIRIAN...BETULKAH??

Uzlah
Erti Uzlah secara istilah iaitu mengutamakan hidup menyendiri daripada hidup berjamaah. Orang yang beruzlah merasa cukup mengamalkan ajaran Islam untuk dirinya sendiri, tanpa mempedulikan kondisi orang lain. Atau dia menjalankan ajaran Islam dan berjuang menegakkan Islam di kalangan manusia, tetapi sendirian, tidak melakukan kontak dan saling menolong dengan pejuang Islam lainnya. Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang melakukan uzlah diantaranya berhenti pada nas-nas Al-Qur'an dan hadits yang menganjurkan beruzlah dan mengabaikan nas-nas lain yang menganjurkan hidup berjamaah.

Rasulullah saw bersabda, "Akan datang suatu masa, di mana sebaik-baik harta orang Islam adalah kambing. Dia menggembala di puncak-puncak bukit dan di tempat-tempat air hujan berkumpul (lembah) untuk menjaga agamanya dari bencana." (HR Bukhari)
Dalam suatu riwayat, seseorang bertanya kepada Rasulullah saw, "Siapakah orang yang paling baik amalnya?" Rasulullah saw menjawab, "Orang yang berjihad dengan jiwa dan hartanya di jalan Allah." "Kemudian siapa lagi?" tanya orang tersebut. "Orang yang mengasingkan diri ke puncak-puncak bukit untuk menyembah Tuhannya, supaya ia terhindar dari kejahatan." jawab Rasulullah saw. (HR Muslim)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw bersabda, "Termasuk kehidupan yang terbaik adalah seseorang yang menyiapkan hidupnya untuk berjihad di jalan Allah. Dia segera melompat ke punggung kuda ketika mendengar trompet perang sambil menunggu komando. Dia segera memacu kudanya ke medan perang mencari kematian (syahid) yang didambakannya. Atau, seseorang yang hidup dengan seekor kambing yang digembalakannya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah. Dengan hidup sederhana, dia menunaikan solat, membayar zakat, beribadah kepada Tuhan terus-menerus sampai dia meninggal dan tidak pernah merugikan umat manusia ... " (HR Muslim).
Sedangkan nas-nas yang menganjurkan hidup berjamaah diantaranya iaitu firman Allah swt, " ... Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat siksaan-Nya." (QS al-Maidah: 2) "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kokoh." (QS ash-Shaf: 4)

Rasulullah saw bersabda, "Jauhilah hidup menyendiri. Kamu wajib berjamaah kerana setan bersama orang yang menyendiri. Setan menemaninya dari jauh. Barangsiapa menghendaki surga, dia harus selalu berjamaah." (HR Tirmidzi)
Orang yang hanya memperhatikan nas-nas yang menganjurkan beruzlah dan mengabaikan nas-nas yang menganjurkan hidup berjamaah dapat terkena penyakit beruzlah atau hidup menyendiri. Faktor lainnya yang menyebabkan seseorang beruzlah karena ia melihat secara lahiriah perilaku kaum salaf yang lebih memilih hidup menyendiri daripada hidup berjamaah. Kaum salaf hidup beruzlah kerana belum mempunyai cara untuk melakukan perbaikan, sementara kaumnya masih tetap pada kekafirannya. Kerana takut terkena fitnah, dia pun menjauhkan diri dari masyarakat untuk sementara. Motivasi yang mendorong kaum salaf untuk hidup beruzlah adalah untuk memelihara tangan-tangan mereka agar tidak terjerumus dalam pertumpahan darah akibat konflik diantara para sahabat sendiri, yang tidak, yang tidak diketahui kelompok mana yang benar dan mana yang salah. Bila orang hanya melihat uzlah kaum salaf tanpa melihat situasi dan kondisi yang terjadi pada waktu itu, maka akan muncul keinginan untuk beruzlah atau hidup menjauh dari jamaah muslimin, walaupun sebenarnya situasi dan kondisi tidak membolehkan dia beruzlah.

Menganggap hidup berjamaah akan menghilangkan kepribadian dapat menjadikan seseorang hidup beruzlah. Kepribadiannya akan lebur dalam jamaah. Yang tinggal pada dirinya hanyalah jiwa yang tidak berpendirian.Bila jamaahnya baik, berarti dia menjadi baik; jika jamaahnya buruk maka dia menjadi buruk pula. Dia lupa bahwa jalan Islam berada diantara hidup menyendiri dan berjamaah. Jalan Islam berdiri di atas ajakan kepada setiap muslim untuk hidup berjamaah dan setiap orang juga tetap dimintai pertanggungjawabannya atas apa yang dilakukan selama hidup di dunia. Allah berfirman, "Tiap-tiap diri bertanggung jawab terhadapapa yang diperbuatnya." (QS al-Muddatstsir: 38) "Dan takutlah kamu kepada suatu hari di mana seseorang tidak dapat menggantikan orang lain sedikitpun ... " (QS al-Baqarah: 123)
Rasulullah saw bersabda, "Wajib bagi seorang muslim untuk mengajak dengan syarat dan adab yang baik - kepada setiap orang untuk masuk ke dalam jamaah agar menjadi tinggi dan menjadi luhur kedudukan agama Allah." Ada yang bertanya, "Untuk siapa?" Rasulullah saw menjawab, "Untuk Allah, Kitab-Nya (Al-Qur'an), Rasul-Nya dan umat Islam semuanya." (HR Abu Dawud)
Riwayat lain menyebutkan, "Seorang mukmin merupakan cermin bagi saudaranya. Jika dia melihat aib pada saudaranya, dia harus meluruskannya (memperbaikinya)." (HR Abu Dawud)

Seseorang yang memilih beruzlah (menyendiri) dapat pula disebabkan ia tidak mau menanggung beban yang akan muncul bila hidup berjamaah. Jama'ah memang terdiri dari banyak individu. Pengaturan urusan kehidupan mereka berlangsung dari dini hari hingga malam, bahkan terkadang tidak ada habisnya. Selain itu, biasanya kepentingan jamaah berbeda dengan kepentingan individu. Jika seseorang tidak sadar akan hal ini, dia akan terlibat total dalam jamaah, hingga dia menelantarkan ibadahnya, pendidikan anak-anaknya dan keluarganya. Akhirnya, hawa nafsu menguasai dirinya. Seiring dengan berjalannya waktu, dia akan merasa tidak kuat menangani urusan jamaahnya. Ketika itulah dia akan mencari jalan keluar dengan cara beruzlah.
Alasan seseorang beruzlah dapat pula disebabkan kerana dia merasa keburukan dan kerusakan sudah berleluasa dan melupakan tanggung jawabnya sebagai seorang muslim. Tanggung jawab sebagai seorang muslim adalah berusaha untuk meluruskannya dengan menggunakan metode, cara dan peralatan atau prasarana yang tepat. Janganlah seseorang beruzlah kecuali jika kerusakan dan keburukan tersebut sudah sangat parah di masyarakat. Bila sudah demikian, lebih baik dia beruzlah, jika dia takut terkena fitnah.

Rasulullah saw bersabda, "Perumpamaan orang yang mematuhi larangan Tuhan dari yang melanggarnya adalah seperti suatu kaum yang mengadakan undian di atas kapal. Sebahagian mereka mendapat tempat di bahagian atas kapal dan sebahagian yang lain mendapat tempat di bawahnya. Orang-orang yang mendapat tempat di bawah, jika ingin mengambil air minum harus melalui orang yang berada di atas. Mereka yang berada di bawah kemudian berpikir untuk membuat sebuah lubang air agar tidak mengganggu mereka yang di atas. Jika kelompok yang di atas membiarkan maksud mereka yang berada di bawah, tentulah seluruh orang yang berada di atas kapal tersebut akan binasa. Sebaliknya, jika kelompok yang berada di atas melarang, maka selamatlah mereka semua." (HR Bukhari)

Kehidupan mengasingkan diri atau beruzlah mempunyai kesan yang membahayakan dan mempunyai akibat yang buruk. Kesan buruk tersebut diantaranya ketidaktahuan yang bersangkutan akan kepribadiannya sendiri. Hal ini kerana seseorang tidak mungkin mengetahui pribadinya sendiri dengan baik tanpa bantuan orang lain. Dia perlu orang lain untuk menilai pribadinya. Seseorang dapat mengetahui apakah dirinya termasuk orang yang egois ataukah mempunyai rasa kesetiakawanan yang tinggi apabila dia bergaul dengan orang lain. Contohnya, jika dia berjumpa dengan orang yang membutuhkan bantuannya, dia dapat melihat dirinya. Bila hatinya keras dan tidak mau memberikan bantuan, berarti dia egois. Sebaliknya, bila hatinya menjadi lunak dan memberikan bantuan, berarti dia mempunyai rasa kesetiakawanan yang tinggi. Begitu pula, seseorang tidak mungkin mengetahui apakah dirinya lemah lembut dan sabar ataukah kasar dan tergesa-gesa tanpa bergaul dengan orang lain. Jadi, sesungguhnya jalan agar seseorang dapat mengetahui kelebihan dan kekurangannya dan dapat berusaha memperbaiki kelemahannya tersebut adalah dengan hidup berjama'ah.
Rasulullah saw bersabda, "Seorang mukmin adalah cermin bagi saudaranya. Jika dia melihat suatu kecacatan pada diri saudaranya, dia harus memperbaikinya." (HR Bukhari dan Abu Dawud)

"Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka Dia akan memberikan teman yang baik. Jika dia lupa, temannya mengingatkannya; jika dia ingat, temannya mengawasinya." (HR Ahmad)
Seseorang yang hidup beruzlah tidak akan mempunyai teman yang akan mengingatkannya bila suatu saat dia melakukan suatu kesalahan. Cara-cara menghindari uzlah iaitu memahami dengan sebaik-baiknya hubungan antara teks-teks yang menganjurkan uzlah dan teks-teks yang menganjurkan bercampur baur dengan masyarakat dan mewajibkan berjamaah. Kerana, hidup bermasyarakat merupakan asal (dasar), sedangkan hidup beruzlah merupakan perkara khusus yang dilakukan hanya dalam keadaan darurat, misalnya di waktu tidak ada satu pun di kalangan masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam.
Menggunakan metode Islam yang memadukan kehidupan individual dan kolektif. Ini akan mendorong seseorang untuk selalu hidup bermasyarakat dan pada waktu yang sama memperhatikan kepentingan pribadinya. Mengikuti dengan sebenar-benarnya jalan yang ditempuh Rasulullah saw dalam menyebarkan dakwah dan mendirikan masyarakat yang Islami.

Memperhatikan kehidupan makhluk-makhluk di sekitar kita. Kehidupan makhluk-makhluk tersebut satu dengan lainnya saling membantu dan bekerja sama. Sekelompok lebah bekerja sama dalam membangun, membersihkan dan melindungi rumahnya dari serangan musuh. Mereka bekerja sama dalam mencari madu bunga. Apabila makhluk- makhluk tersebut dapat dan selalu bekerja sama dalam kelompoknya, maka kita sebagai manusia yang diberi keistimewaan oleh Allah swt dengan akal, kebebasan berpikir dan kebebasan berkehendak serta dijadikan pemimpin di alam ini seharusnya dapat lebih baik dalam hidup bermasyarakat.

HAKIKAT FUTUR??



FUTUR??

'Maafkan saya kak, saya dah tak mampunak join kawan-kawan lain, ikut program lagi. Saya nak.' Husna mengeluh panjangdan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak ia ucapkan buat murabbinya. Tapi di waktu lain, dia benar-benar merasakan dia tak mampu untuk bersama-sama dengan jemaah dakwah yang ia sertai selama ini.Fikiran Husna menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Husna akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu 'bekerja'sekarang kerana tarbiyah.Tapi saat ini, keindahan ukhuwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begituhambar. Kemesraan dan kecintaan yangdibina bersama teman-teman sehalaqah sudah mula memudar. Husna merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitusibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tak tau mengapa. Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya.Namun ketika mahu dia luahkan padamereka, dia lantas berasa sangat malu.Teman-temannya asyik membincangkan masalah dakwah bersama murabbinya sehingga Husna tak sampai untuk mengucapkannya.'Ala.. masalah kecik je, diorang mestirasa buang masa je untuk cerita' Begitu fikirnya. Akhirnya dia tenggelam keseorangan menelan permasalahannya sehinggalah dia mencari teman-teman diluar komuniti dakwahnya untuk sekadar melabuhkan masalah di hati.Fenomena di atas bukanlah sesuautu yang mustahil dalam putaran dakwah. Jatuh bangunnya aktivis dakwah dalam meniti jalan ini, fenomena futurnya iman serta berguguran jundi-jundi dakwah adalah biasa dalam perjuangan ini. Itu adalah sunnatullah. 'Imanu Yazid way an quz-Iman itu naik dan turun'.Akan tetapi yang patut disesalkan adalah ketika berjatuhannya aktivis dakwah ini bukan kerana mereka tidak mahu bangundan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi bersama.Kisah Husna adalah satu contoh.Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota dengan rapi, kemudian pulang kerumah masing-masing dengan aman. Tiada masalah. Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, adajurang kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu mengundur diri dan merasa diri tidak standing dengan teman-teman halaqahnya.Kuncinya adalah berterus-terang .Mutu sesebuah halaqah itu sangat bergantung kuat pada kualiti dialog yangdibina di dalam halaqah itu. Tidak mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan bestnya jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu(afrod)yang ada didalam halaqah tersebut.Keterbukaan di sini adalah berterusterang dalam menyampaikan segala permasalahan walaupun sekecil manapun masalah itu. Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan penyelesaian.Bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad'unya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh tatkala ketika tersadung batu ujian.Lihat sahaja kisah terbukaan Kaab binMalik di perang Tabuk pada Rasulullah.Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana malas! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah sambilberkata, 'wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, akuyakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allah akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu."Apa yang ditonjolkan Kaab sudah cukupmenjadi renungan kite semua akan erti keterbukaan,berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya.Ketika seorang mad'u berterus terang akan kesalahannya, makan akan legalah hati,walaupun mungkin ianya memalukan. Disaat itulah motivasi rohani dari murabbidan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk mengupgradekan langkah-langkah yang sudah tertinggal.Eratkan kembali ukhuwahSatu lagi perkara yang berperanan besardalam menjaga stamina ruhiyah seorangafrod (individu) dalam tarbiyah adalahukhuwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhuwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah bilakita rasakan sewaktu berprogram,pertemuan rutin menjadi kering tanpamakna. Kosong. Perkara sebegini haruslah diatasi. Sesibuk manapun aktiviti kita,hak-hak ukhuwah harus tetap kitaberikan. Berwajah cerah ketika bertemu,saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya,masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Carimasa untuk bermalam bersamanya agardapat bertukar cerita sehingga kita boleh berempati ( empathy ) terhadappermasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dansaling mendoakan doa rabithah. Andai kesemua hak-hak ukhuwah tersebut kitatunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk bergugurannya sahabat-sahabat kita di jalan dakwah,insyaAllah.Akhirnya saudaraku, tarbiyah itu unik.Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan(transfer) ilmu dan bahan,tetapi adalah proses bagi setiapindividu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.Dan lebih dari itu, langkah-langkah kearah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlahsegalan-galanya, namun segalanya-galanya bermula dari tarbiyah.

MY CURRICULUM VITAE

FREE BLOGGER TEMPLATE