SUBUHnya..
Di mana aku berada,
masih enak di dalam kelambu rindu,
sambil berpoya2 dengan waktu,
masa bagaikan menderu,
langkah tiada arah tuju,
fikiran terus bercelaru,
terlupa aku semakin di hujung waktu,
SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU?!!
ZOHORnya..
Aku lebih memikirkan kelaparan,
kehausan dan rehatku,
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
aku bertolak ansur dengan waktu,
aku gembira membilang keuntungan,
aku terlupa betapa besar kerugian,
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan,
SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU?!!
ASARnya..
Aku lupa warna masa,
cepat berubah bagaikan ditolak2,
aku masih dengan secawan kopiku,
terlupa panas tidak di hujung kepala,
aku masih bercerita,
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,
SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU?!!
MAGHRIBnya..
Aku melihat warna malam,
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya,
mencari sisa2 keseronokan,
tidak terasa ruang masa yang singkat,
jalan yang bertongkat2,
ruginya bertingkat2,
SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU?!!
ISYAKnya..
Kerana masanya yang panjang,
aku membiarkan penat menghimpit dadaku,
aku membiarkan kelesuan menggangguku,
aku rela terlena sambil menarik selimut biru,
bercumbu2 dengan waktuku,
SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU?!!
Kini, aku menjadi tertanya2,
sampai bila aku akan melambatkan sujudku??
Apabila azan berkumandang lagi,
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi,
kerana di hujung hidup ada mati..
Bagaimana jenazah akan dibawa solat di sini??
jika ruangku dibiarkan kosong,
jika wajahku menjadi asing,
pada mentari dan juga bintang2..
"Ya ALLAH, ya Tuhanku!
Kurniakanlah aku kecintaanMU..
Dan kecintaan sesiapa yang mencintaiMU..
Dan usaha2 yang membawaku kepada kecintaanMU..
Dan jadikanlah kecintaanMU itu sebaik2 benda bagiku!"
1 comment:
jordans
hermes birkin
christian louboutin outlet
golden goose sneakers
vans outlet
michael kors outlet online
hermes online
golden goose sneakers
canada goose jacket
cheap jordans
Post a Comment