Monday, May 4, 2009

Tarbiyah X-Men


Assalamualaikum w.b.t.. Baru-baru ni ana berkesempatan enonyon filem terbaru X-men origins: Wolverine. Apabila ana menonton sesuatu filem, ana akan cube mencari sesuatu nilai2 positif yang boleh diambil dari filem tersebut. Memang banyak sifat2 positif yang boleh diambil dari filem tersebut.

Tetapi,apabila ana mengkaji komik X-Men ni,ana terkejut dengan penemuan ana ini.Rupa-rupanya. dalam banyak2 hero atau watak dalam X-Men ni,ada seorang hero Muslimah dalam X-Men! Hero tersebut bernama Sooraya Qadir atau nama 'code' nya dalam X-Men ialah Dust. Dalam siri X-Men ni, Dust mempunyai keupayaan untuk menukar diri menjadi pasir.



Tetapi,apa yang menariknya disini ialah,dalam komik tersebut, dia sentiasa memakai hijab menutup aurat siap dengan memakai purdah(niqab). Dalam komik itu,dia juga digambarkan seorang yang taat kepada agama Islam. Di dala komik tersebut, dia juga digambarkan seseorang yang sangat kuat mempertahankan pakaiannya itu dan dia juga berkata dalam komik itu,dia berpakaian seperti itu adalah kerana pakaian itu melindunginya dari gangguan lelaki dan kerana untuk melindungi maruahnya dan dia selesa berpakaian sedemikian dan buka kerana paksaan. Dia sentiasa berpakaian sedemikian walaupun ketika berlawan dengan musuh.


Dust juga ditunjukkan mempunyai semangat jihad dan sangup mati syahid, kerana dalam satu episod dalam siri X-Men,dia sanggup mati melawan orang jahat kerana dia kata jika dia mati, dia akan buat Allah bangga. Kita boleh melihat karakternya disini,dia sanggup mati untuk Allah. Jadi,nilai yang boleh kita dpt dari watak Dust ini ialah, yang pertama,prinsip pertahankan pakaian menutup aurat dalam Islam walau dalam apa jua keadaan,dan juga sanggup mati untuk Allah.

Jadi,dari sudut dakwah pula,walaupun penulis komik ini adalah bukan Islam, tetapi dia mempunyai pandangan positif terhadap Islam terutama tentang pakaian 'Hijab' iaitu pakainan yang menutup aurat wanita. Jadi,ini adalah perkara yang agak membanggakan kerana komik X-Men dibaca oleh berjuta2 orang diseluruh dunia!

Jadi,jom baca komik.. Dan kita sebagai umat Islam, cube wujudkan suatu komik Islam yang popular yang boleh menjadi wadah kepada Islam diseluruh dunia. Sila lihat laman ini untuk rujukan watak Dust,hero muslimat yang berpurdah tu:)
http://en.wikipedia.org/wiki/Dust_(comics)







14 comments:

gelapcerah said...

hmmm.. sukar membaca pemikiran dan propaganda barat...


apakah ini semua?



setelah semuanya d dunia ini diatur utk mengawal pemikiran kaum muslimin, mengapa begini pula?


antum sudah tonton dokumentari the arrivals?

dokumentari yang di buat sekumpulan pemuda islam d luar negara ttg rancangan propaganda yahudi d seluruh dunia ttg "mind control"

rojak buah said...

bagus post..


mcm -mcm...camne plak ngan tarbiyah x-men?


kadang-kadang banyak jer input yg boleh dpt dlm citer2 ni..tp kene paham la..betul tak?

Tinta Sufi Haraki said...
This comment has been removed by the author.
Tinta Sufi Haraki said...

salam. kepada akh afiq,insyaAllah,ana akan cube tonton dokumentari the arrivals. Kepada akh zulkamal,betul akhi,ana setuju dgn nta. Byk nilai2 positif yang menarik kalau kita kaji betul2 sesuatu cerita

Al-Muary said...

info yang menarik

laily said...

mcm best jer buku ni..katne bole didapati??

afifisa said...

wah
x sangka ada rupanya watak muslimah dlm x-men
mula2 baca, ingatkan itu cuma kelakuan sesetengah org islam yg saje mereka2 cerita (besa kan?)
tp biler dah diselidik mcm betul je
nmpknya sya sudah minat dengan dust

drtahir said...

Naqiuddin...teruskan usaha anda

koriosity. said...

Bila x-men dibuat menghina islam..kita akan membencinya, marah, boikot!..dan bila x-men buat watak islam yg baek.."Propaganda! this is propaganda!"..agenda yahudi..bla.bla..bla. Of coz..sang penciptanya atau sang pelukis atau penulisnya adalah bukan islam..kenapa tidak diterima saja kebaikan mereka? selagi mereka tidak memburukkan islam..mungkin pelukis cuba menggambarkn apa yg dia faham ttg islam..mungkin sdikit sebanyak juga mmbantu mrk yg xtau langsung ttg pkaian wanita islam. Propaganda? Allah maha mengetahui..kita mmglah perlu berwaspada..tp jgn smpai berburuk sangka. bgaimana mrk mahu memahami islam jika kita tidak mmbuka pintu utk mrk? malah menghalau mrk..

fikir2kn..

Anonymous said...

Sekian lama saya menatap watak kartun berniqab itu, baru saya tahu siapakah dia melalui entry ini. Terima kasih atas infonya. Banyak perkara yang boleh difikirkan. Lebih memeranjatkan ialah bila tahu penulis dan pelukisnya adalah non muslim.

Lihat kepada apa yang dikatakan, bukan kepada siapa yang mengatakannya.

Jangan tertipu said...

tapi setahu saya, watak Dust ni lama-kelamaan terpengaruh dengan barat. episod yang depan2 menunjukkan watak Dust dah jadi macam mat salleh, pakai baju ketat2 dan menampakkan aurat di dada.

Rujukan: Wikipedia

"Young X-Men "End of Days"

In this future depiction, Sooraya no longer observes Islamic hijab, wearing a tight outfit exposing her face and her cleavage. Her eyes glow red and she has combustive powers in addition to her original abilities."

jasonbob said...

kyrie 7
yeezy sneakers
stone island
kd 13
supreme t shirt
jordan shoes
adidsas yeezy
yeezy
supreme clothing
bape clothing

sofa cover price said...

Assalamualaikum w.b.t.. Baru-baru ni ana berkesempatan enonyon filem terbaru X-men origins: Wolverine. Apabila ana menonton sesuatu filem, ana akan cube mencari sesuatu nilai2 positif yang boleh diambil dari filem tersebut. Memang banyak sifat2 positif yang boleh diambil dari filem tersebut.
plain vest tops bulk
buy quality t shirts in bulk

tayssayr said...

i loved this see this page next page go to the website visit site click now

MY CURRICULUM VITAE

FREE BLOGGER TEMPLATE