Sunday, April 26, 2009

AYAT- AYAT KIMIA BERBICARA SAMA KAMU


Kimia organik

Kimia organik adalah kajian sains mengenai struktur, ciri-ciri, komposisi, tindak balas, dan sintesis sebatian organik. Pengajian kimia organik kini lebih mementingkan mekanisme tindak balas berbanding dengan siri homolog sebatian organik itu.

Tatanama Organik

Tatanama organik (organik nomenclature) adalah sistem yang diadakan bagi menamakan dan mengelaskan sebatian organik. Tatanama organik yang perlu digunakan adalah sebagaimana yang disarankan oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Kimia Tulen dan Gunaan (International Union of Pure and Applied Chemistry, IUPAC). Peraturan-peraturan tatanama yang ditetapkan mengikut Saranan 1979 dan 1993 boleh didapati di laman web ini.

Sebatian organik

Sebatian organik adalah sebatian yang mengandungi unsur karbon kecuali oksida karbon (karbon monoksida dan karbon dioksida), sebatian karbida, sebatian sianida, sebatian karbonat, dan sebatian bikarbonat. Sebatian-sebatian organik yang mudah boleh dikelaskan mengikut kumpulan berfungsi yang hadir dalam sebatian itu. Kehadiran kumpulan berfungsi tersebut seterusnya akan menentukan siri homolog sebatian tersebut.

Antara siri homolog yang penting adalah:

Sebatian Alifatik



Sebatian alifatik adalah sebatian organik yang mana molekulnya tidak mengandungi sistem haruman (aromatic systems).

Sebatian Haruman



Sebatian haruman (aromatic compounds) adalah molekul organik yang mengandungi satu atau lebih sistem haruman cincin (aromatic ring system). Contoh-contoh sebatian haruman ialah benzena, fenol, dan toluena.

Sebatian Heterosiklik



Sebatian Heterosiklik adalah molekul organik bergelung (cyclic) yang setiap gelung mengandungi sekurang-kurangnya satu heteroatom. Contoh-contoh sebatian heterosiklik ialah pyridina, furan, dan thiofena.

Polimer

Polimer adalah molekul yang khas. Biasanya dianggap molekul "besar", polimer mendapat reputasi bersaiz sedemikian kerana terdapat molekul yang mengandungi segmen yang lebih kecil. Segmen ini boleh dikenalpasti secara kimia, yang menjadikan molekul sedemikian sebagai homopolimer. Atau struktur kimia segment yang pelbagai, yang menjadikan molekul itu heteropolimer. Polimer adalah subset "makromolekul" yang hanyalah pengkelassan untuk semua molekul yang di anggap besar.

Polimer boleh jadi organik atau inorganik. Polimer yang biasa dijumpai biasanya organik (contoh. polyethylene, polypropylene, Plexiglas, dll.). Tetapi polimer inorganik polimer juga biasa dalam kehidupan seharian seperti (contoh. silly putty, silikon, dll.).

Konsep

Formula kimia - Formula struktur - Tindak balas organik

Ciri-ciri unsur organik

Sebab terdapatnya begitu banyak sebatian karbon adalah kerana unsur karbon mempunyai keupayaan untuk membentuk rantaian karbon yang mempunyai pelbagai panjang dan saiz gelung (katenation). Kebanyakan sebatian karbon amat sensitif kepada haba, dan biasanya terurai bawah 300'C. Sebatian karbon biasanya kurang larut dalam air berbanding garam inorganik lain. Berbeza dengan garam sedemikian, sebatian karbon biasanya lebih mudah larut dalam pelarut organik seperti eter atau alkohol. Sebatian organik terbentuk dari ikatan kovalen (covalent bond).

Menentukan struktur molekul sebatian organik

Pada masa kini, terdapat beberapa cara untuk menentukan struktur sebatian organik. Secara umumnya:


Sejarah

Pada awal kurun ke-18, kimia organik dianggap sebagai satu cabang kimia yang mengkaji bahan-bahan kimia yang diperoleh daripada benda hidup manakala kimia tak organik dianggap sebagai cabang kimia yang mengkaji bahan-bahan kimia yang diperoleh daripada benda bukan hidup.

Kimia organik sebagai satu bidang sains dipersetujui umum sebagai bermula pada tahun 1828 dengan Friedrich Woehler mensistesis sebatian organik penting urea, secara tak sengaja dengan menyejatkan larutan akues (aqueous) ammonium cyanate(NH4OCN).

Mekanisme tindak balas

Tindak balas kimia sebatian organik boleh dikelaskan kepada tiga:

  • Penukargantian
  • Penambahan
  • Penyingkiran

Pengoksidaan, penurunan, dan penyusunan semula biasanya boleh diungkapkan sebagai kombinasi tiga tindak balas diatas.

MY CURRICULUM VITAE

FREE BLOGGER TEMPLATE