Monday, May 19, 2008

BIODATA PENULIS


Nama diberi Muhammad Naqiuddin Bin Mohd Said dan kini penulis tinggal di negeri kelahiran iaitu Selangor Darul Ehsan. Diberi nafas oleh Allah s.w.t. sehingga sekarang berumur 21 tahun. Penulis menerima pendidikan awal di Tadika Kemas dan kemudian di Tadika Sepakat di Keramat, Kuala Lumpur. Kemudian meneruskan pengajian pada tahun 1995 di Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana sehingga 1999. . Kemudian pada tahun 2000 penulis telah meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya ,Ampang, Selangor hingga 2001. Kemudian dari tahun 2002-2004, penulis meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain,Semenyih kerana keluarga berpindang ke Semenyih,Selangor. Selepas mendapat keputusan SPM, Alhamdulillah, dengan izin Allah, penulis ditawarkan untuk meneruskan pengajian di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya(Pra-U) dalam kos sains hayat selama setahun pada sesi 2005/2006. Kemudian,penulis melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya juga mengambil Ijazah sarjana muda Sains(Kimia) mulai sesi 2006/2007 hingga sekarang.


Antara pencapaian dan pengalaman penulis sepanjang di sekolah :

  • Ahli Majlis Tertinggi lembaga pengawas sekolah
  • Johan Bahas Ala Parlimen peringkat Daerah
  • Pengerusi Persatuan Silat Gayung Malaysia peringkat sekolah
  • Ketua Dorm Asrama SMK Engku Husain
  • Naib Johan syarahan Agama peringkat Daerah

Manakala pencapaian dan pengalaman penulis sepanjang di Universiti Malaya ialah:

  • Pengerusi Balai Islam Kolej Kediaman Pertama UM sesi 2008/2009
  • Presiden Persatuan Mahasiswa Selangor UM sesi 2008/2009
  • Presiden Persatuan Kimia UM sesi 2008/2009
  • Timbalan Pengerusi Balai Islam Kolej Kediaman Pertama UM sesi 2007/2008
  • Johan Debat Haluansiswa UM sesi 2006/2007
  • Ketua Biro Pengisian dan surau, Balai Islam Kolej Za'ba UM sesi 2006/2007
  • Naqib Usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dari tahun pertama hingga sekarang
  • Ketua fasilitator Latihan kepimpinan Islam UM(LAKIUM 08)
  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM)

*Ala kulli hal,penulis hannya seorang hamba Allah yang faqir disisi Allah S.W.T yang Maha Besar. Al-Faqir Ilallah...

No comments:

MY CURRICULUM VITAE

FREE BLOGGER TEMPLATE