Monday, May 19, 2008

Tokoh-tokoh Ahli Kimia Islam

Gambar 1: Jabir bin Hayyan

Umat muslimin telah merakamkan kejayaan-kejayaan yang luas dalam bidang pengajian nature, dalam mana mereka telah mengemukakan gagasan ujian amali. Kumpulan Ikhwan al-Safa telah menulis tujuh belas bab mengenai pengajian-pengajian ini dari jumlah bab yang terkandung di dalam tujuh puluh dua tesis yang dikarang mereka.

Penyelidik besar dan ulung dalam ilmu kimia ialah al-Razi (923m). Buku besarnya yang berjudul “Kitabul Asrar” telah telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard of Cremona. Buku ini terus merupakan sumber paling penting dalam pengajian Kimia sehingga munculnya karangan-karangan Jabir bin Hayyan (766m). Selepas lahirnya karangan-karangan yang akhir ini ia telah berjaya mengambil tempat paling tinggi sekali, malah selepas abad yang ke empat belas ia telah menjadi sumber terpenting dalam pengajian Kimia dan sumber paling berpengaruh dan kuat dalam mengarahkan pemikiran-pemikiran ilmiah baik di Timur maupun di Barat. Ini benar-benar merakamkan nama Jabir selaku tokoh yang ulung dalam barisan pelopor yang menajakan ilmu kimia dan memperkembangkannya dalam jurusan teori dan amali.

Di antara yang dipeloporinya olehnya ialah penyelidikan-penyelidikan tentang kalsinasi (calcination) dan mengembalikan logam kepada asalnya dengan menggunakan oksigen. Begitu juga beliau telah memperbaiki cara-cara penguapan, sublimasi, peleburan, dan penghabluran atau kristalisasi. Beliaulah yang telah membancuh asid asitik, asid sulfurik dan asid nitrik. Beliau juga telah menemui bahawa emas dan perak boleh hancur dalam campuran asid sulfurik dan nitrik.

Antara kejayaan-kejayaannya lagi ialah Jabir telah menemui berbagai-bagai bahan kimia. Beliau telah berjaya mengasingkan batu cetak (antimony) dan warangan (Arsenic) dari sulfide.

Teori beliau mengenai unsur-unsur galian mengatasi teori yang dikemukakan oleh Aristotle. Teorinya telah diterima oleh Barat dan terus menjadi dasar pengajian-pengajian di Eropah setelah melalui sedikit pindaan sehingga abad yang ke delapan belas.

Al-Jahiz (868m) dalam penyiasatan-penyiasatan kimianya telah berjaya menghasilkan ammonia dari tahi binatang menerusi distilasi kering.

Al-Tifasyi (1253m) telah menulis sebuah tesis yang berjudul “Azhar-ul-Afkar di Jawahir Ahjar” dalam mana beliau mengupaskan unsur-unsur dua puluh empat jenis batu-batu permata dan tabiatnya. Al-Bayruni telah melakukan penyiasatan dalam bidang ini dan beliau telah mengemukakan dalam buku-bukunya yang membicarakan tentang ilmu fizika, beberapa hasil pengajian yang boleh dikatakan lengkap tentang kepadatan spesifik (specific gravity) delapan belas jenis logam dan batu-batu permata.

3 comments:

jijah95 said...

triem kasih
atas bantuan maklumat ini
utk assignment saye...:)

cenna_ellina said...

menyuka kan nye.. :)

Anonymous said...

salam.mohon share artikel

MY CURRICULUM VITAE

FREE BLOGGER TEMPLATE