Kewajipan Menyertai Perjuangan Islam
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Samsudin
Rabu, 21 Jun 2006
Banyak orang Islam menyangka bahawa cukup sekadar mempunyai nama sebagai orangOleh : Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Samsudin
Rabu, 21 Jun 2006
Islam mengucap dua kalimah syahadat untuk menjadi seorang muslim yang diredhai
Allah. Anggapan ini tidak benar . Ini kerana untuk menjadi orang Islam seseorang itu
perlu memenuhi syarat syarat penting yang berkaitan dengan keimanan dan perbuatan
tertentu yang berkaitan dengan rukun iman, Islam dan jihad. Pengertian ini dapat kita
simpulkan dari firman Allah:
قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا یَدْخُلِ الْإِیمَانُ فِي
قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِیعُوا اللَّھَ وَرَسُولَھُ لَا یَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَیْئًا إِنَّ اللَّھَ غَفُورٌ رَّحِیمٌ
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِینَ آمَنُوا بِاللَّھِ وَرَسُولِھِ ثُمَّ لَمْ یَرْتَابُوا وَجَاھَدُوا بِأَمْوَالِھِمْ
وَأَنفُسِھِمْ فِي سَبِیلِ اللَّھِ أُوْلَئِكَ ھُمُ الصَّادِقُونَ
“Orang orang Arab badui itu berkata; kami sudah beriman, namun katakanlah kamu
belum beriman , Cuma katakanlah kamu baru masuk Islam dan iman belum (benar-benar
masuk) dalam hati kamu. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir
dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amalanl kamu,
kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang
percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak
ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan
Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”
Ertinya keimanan dan keislaman seseorang itu perlu dibuktikan dengan tekad dan usaha
perjuangan yang menunjukkan kesungguhan seseorang itu menjadi hamba Allah yang
mendaulatkan agamanya. Islam bukan sekadar beberapa kalimah yang dituturkan tapi
adalah suatu Iltizam dan komitmen yang lengkap dan menyeluruh terhadap ajaran Islam.
Sebab itu dalam Surah al Baqarah :208-209 terdapat ayat yang menegaskan:
یَا أَیُّھَا الَّذِینَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّیْطَانِ إِنَّھُ لَكُمْ
عَدُوٌّ مُّبِینٌ
فَإِن زَلَلْتُمْ مِّن بَعْدِ مَا جَاءتْكُمُ الْبَیِّنَاتُ فَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّھَ عَزِیزٌ حَكِیمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan
mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya
Syaitan itu), sesudah datang bukti keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah
bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana…”.
Seorang muslim yang benar ialah orang yang memperjuangkan seluruh dimensi ajaran
Islam baik akidah, syariah, politik, ekonomi, pendidikan dan seterusnya.
Orang yang tidak mahu memperjuangkan politik Islam umpamanya, tidak mahu
menjadikan Islam landasan perjuangan politiknya adalah mereka yang terang-terang
mempunyai sikap bercanggah dengan perintah Allah dalam surah al Taubah ayat 38-41
یَا أَیُّھَا الَّذِینَ آمَنُواْ مَا لَكُمْ إِذَا قِیلَ لَكُمُ انفِرُواْ فِي سَبِیلِ اللّھِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ
أَرَضِیتُم بِالْحَیَاةِ الدُّنْیَا مِنَ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَیَاةِ الدُّنْیَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ قَلِیلٌ
إِلاَّ تَنفِرُواْ یُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِیمًا وَیَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَیْرَكُمْ وَلاَ تَضُرُّوهُ شَیْئًا وَاللّھُ
عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِیرٌ
إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّھُ إِذْ أَخْرَجَھُ الَّذِینَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَیْنِ إِذْ ھُمَا فِي الْغَارِ
إِذْ یَقُولُ لِصَاحِبِھِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّھَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّھُ سَكِینَتَھُ عَلَیْھِ وَأَیَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ
تَرَوْھَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِینَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّھِ ھِيَ الْعُلْیَا وَاللّھُ عَزِیزٌ حَكِیمٌ
انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَاھِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِیلِ اللّھِ ذَلِكُمْ خَیْرٌ لَّكُمْ إِن
كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
38.Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu:
Pergilah beramai-ramai berjuang di jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka
tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka
dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana
kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup)
di akhirat kelak.
[39] Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah membela
agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya
dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat
menggugat Allah sedikitpun . (ingatlah) Allah Maha Kuasa mengatasi segala-galanya.
[40] Mengapa kamu tidak mahu menyokongnya (Nabi Muhammad) pada hal Allah
sendiri telah menyokongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari
negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka
berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau
berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan rasa tenteram
dan damainya kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera
(malaikat) yang kamu tidak melihatnya . (Dalam masa yang sama ) Allah jadikan seruan
(dasar syirik) orang-orang kafir itu rendah dan hina . (Sebaliknya) Allah jadikan dasar
perjuanganNya (Islam) mulia dan tinggi Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[41] Berangkatlah kalian beramai-ramai (untuk berjuang di jalan Allah), samada dalam
keadaan ringan (dan mudah bergerak) mahupun dalam keadaan berat (disebabkan
berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kalian di
jalan Allah (untuk membela Islam). Itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui.
Penganut agama Islam yang sebenarnya ialah mereka yang sedia berangkat dan keluar
berjuang untuk menegakkan cita-cita Islam dalam segala dimensinya yang mungkin.
Mereka tidak dihalang oleh kesempitan hidup atau dilalaikan oleh kesenangan
kebendaan. Mereka rela berkorban apa sahaja demi Allah dan Rasul. Mereka sedar
bahawa jika mereka tidak bingkas berjuang keimanan mereka akan dipersoalkan oleh
Allah dan amalan mereka menjadi sia-sia.
Pada zaman Rasulullah dahulu orang yang enggan berjihad dan enggan pergi berhijrah
bersama Rasulullah dihukum dengan hukuman yang berat . Allah berfirman dalam Surah
al Taubah ayat 81-90
فَرِحَ الْمُخَلَّفُونَ بِمَقْعَدِھِمْ خِلاَفَ رَسُولِ اللّھِ وَكَرِھُواْ أَن یُجَاھِدُواْ بِأَمْوَالِھِمْ
وَأَنفُسِھِمْ فِي سَبِیلِ اللّھِ وَقَالُواْ لاَ تَنفِرُواْ فِي الْحَرِّ قُلْ نَارُ جَھَنَّمَ أَشَدُّ حَ را لَّوْ كَانُوا
یَفْقَھُونَ
فَلْیَضْحَكُواْ قَلِیلاً وَلْیَبْكُواْ كَثِیرًا جَزَاء بِمَا كَانُواْ یَكْسِبُونَ
فَإِن رَّجَعَكَ اللّھُ إِلَى طَآئِفَةٍ مِّنْھُمْ فَاسْتَأْذَنُوكَ لِلْخُرُوجِ فَقُل لَّن تَخْرُجُواْ مَعِيَ أَبَدًا
وَلَن تُقَاتِلُواْ مَعِيَ عَدُ وا إِنَّكُمْ رَضِیتُم بِالْقُعُودِ أَوَّلَ مَرَّةٍ فَاقْعُدُواْ مَعَ الْخَالِفِینَ
وَلاَ تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِّنْھُم مَّاتَ أَبَدًا وَلاَ تَقُمْ عَلَىَ قَبْرِهِ إِنَّھُمْ كَفَرُواْ بِاللّھِ وَرَسُولِھِ
وَمَاتُواْ وَھُمْ فَاسِقُونَ
وَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُھُمْ وَأَوْلاَدُھُمْ إِنَّمَا یُرِیدُ اللّھُ أَن یُعَذِّبَھُم بِھَا فِي الدُّنْیَا وَتَزْھَقَ
أَنفُسُھُمْ وَھُمْ كَافِرُونَ
وَإِذَآ أُنزِلَتْ سُورَةٌ أَنْ آمِنُواْ بِاللّھِ وَجَاھِدُواْ مَعَ رَسُولِھِ اسْتَأْذَنَكَ أُوْلُواْ الطَّوْلِ
مِنْھُمْ وَقَالُواْ ذَرْنَا نَكُن مَّعَ الْقَاعِدِینَ
رَضُواْ بِأَن یَكُونُواْ مَعَ الْخَوَالِفِ وَطُبِعَ عَلَى قُلُوبِھِمْ فَھُمْ لاَ یَفْقَھُونَ
4
لَكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِینَ آمَنُواْ مَعَھُ جَاھَدُواْ بِأَمْوَالِھِمْ وَأَنفُسِھِمْ وَأُوْلَئِكَ لَھُمُ
الْخَیْرَاتُ وَأُوْلَئِكَ ھُمُ الْمُفْلِحُونَ
أَعَدَّ اللّھُ لَھُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِھَا الأَنْھَارُ خَالِدِینَ فِیھَا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِیمُ
وَجَاء الْمُعَذِّرُونَ مِنَ الأَعْرَابِ لِیُؤْذَنَ لَھُمْ وَقَعَدَ الَّذِینَ كَذَبُواْ اللّھَ وَرَسُولَھُ
سَیُصِیبُ الَّذِینَ كَفَرُواْ مِنْھُمْ عَذَابٌ أَلِیمٌ
Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan di belakang (tidak ikut serta berjuang)
merasa seronok disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah) dan
mereka tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah;
malah mereka (menghasut pula dengan) berkata: Janganlah kalian semua keluar
(berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad): "Api Neraka
Jahanam itu jauh lebih panas lagi, kalaulah mereka sedar.
Oleh itu biarkanlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini); namun mereka akan menangis
banya kkelak (di akhirat), sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan.
Maka jika Allah mengembalikan engkau kepada segolongan dari mereka (orang-orang
yang munafik itu di Madinah), kemudian mereka meminta izin kepadamu untuk keluar
(ikut serta berperang), maka katakanlah: Kamu jangan sekali-kali keluar bersamasamaku
buat selama-lamanya dan kamu samasekali tidak akan memerangi musuh
bersama-samaku; justeru kamu dahulu telah rela tinggal duduk diam di belakang (tidak
ikut berjuang) pada kali yang pertama, oleh itu duduklah kamu bersama-sama orangorang
yang duduk (di belakang).
Dan janganlah engkau(wahai Muhammad) sembahyangkan seorang pun yang mati dari
kalangan mereka itu selama-lamanya dan janganlah pula engkau berdiri di (tepi)
kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan
mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).
Dan jangan pula engkau terpesona kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana)
sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia dan hendak
menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir .
Dan apabila diturunkan satu surah Al-Quran (yang menyuruh mereka): "Berimanlah
kamu kepada Allah dan berjihadlah bersama-sama dengan RasulNya", nescaya orangorang
yang kaya di antara mereka meminta izin (berdalih) kepadamu dengan berkata:
Biarkanlah kami tinggal bersama-sama orang-orang yang tinggal ( di belakang ;tidak
turut berperang).
Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur), dan
(dengan sebab itu) hati mereka di sel mati , sehingga mereka tidak dapat memahami apaapa
lagi.
(Mereka tetap tidak ikut serta) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman
bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orangorang
yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.
Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya anakanak
sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
Dan (kemudian ) datanglah pula orang-orang yang menyatakan alasan keuzurannya
dari orang-orang A'rab, memohon supaya mereka diizinkan (tidak turut berperang),
sedang orang-orang (munafik di antara mereka) yang mendustakan Allah dan RasulNya,
duduk (mendiamkan diri). (Oleh itu) orang-orang yang kafir di antara mereka, akan
dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Golongan mukmin pada zaman dahulu yang telah mengaku beriman tetapi enggan ikut
serta berjuang mendaulatkan Islam telah dihukum sebagai munafik dan kufur oleh Allah.
Allah melarang Nabi mendoakankan mereka dengan berdiri di tepi kubur mereka, Allah
melarang Nabi menyembahyangkan jenazahnya. Ini tentulah kerana perbuatan tidak ikut
serta berjuang menegakkan kedaulatan Islam sebagai suatu dosa besar yang
menghapuskan kekuasaan dan kemegahan Islam .
Sebab itu menjadi seorang muslim bermakna kita mesti iktu serta berusaha mengukuhkan
gerakan Islam , meramaikan bilangan mereka agar kita berjaya di dunia dan di akhirat.
Oleh sebab itu wahai saudara marilah kita bersama-sama dengan golongan ulama dan
cendikiawan ikut serta memperjuangkan Islam. Masuk menjadi ahli parti Islam
semalaysia yang diterajui oleh kalangan ulama dan cendikiawan Islam yang dikenali
ramai demi mendaulatkan ajaran dan syariat Allah di muka bumi ini . Kita tidak mahu
nanti dihukum oleh Allah S.W.T. seperti manusia manusia yang menyimpang dari
ajarannya. Kita tidak mahu mati sebagai insan munafiq yang tidak istiqamah dalam
perjuangan, sebaliknya di humbankan pula oleh Malaikat ke dalam neraka.
2 comments:
replica bags sydney replica gucci handbags h7y95x8r78 7a replica bags philippines replica bags from korea click to find out more c4s46d9b84 joy replica bags review my website q5h00l4q96 louis vuitton replica replica bags hong kong
v4x52f9n29 a9q18d8f22 a2s97p3u67 y9p90i2b85 g1o79l9x41 e5p88l6m08
Post a Comment